" Umi masak special untuk menantu umi ni. Masak lemak cili api, your favourite. " Lauk yang dihidangkan dihadapannya itu masih berasap-asap menandakan lauk itu masih panas. Lama sungguh dia tak rasa lauk kampung yang asli kampung. No fake fake punya. " Ya Allah, umi. Susah-susah je. Mi– "
Belum sempat dia menghabiskan rasa terujanya, dia mula rasa nak termuntah. Tak pernah sekali pun dalam hidupnya, dia nak rasa termuntah apabila terbau makanan kegemarannya itu. Itu pertama kali.
Damia berjalan laju ke arah tandas yang berdekatan dengan ruang makan itu untuk mengeluarkan segala isi perutnya itu. Sungguh perutnya rasa tidak selesa. " You okay ke tak ni ? Kenapa ni ? " Baru sahaja dia mahu menjawab soalan suaminya itu, dia termuntah sekali lagi.
" Kita pergi klinik eh ? You ni buat I risaulah. " Perlahan dia menggeleng kecil.
" Habis tu you expect I biar you muntah-muntah macam ni ? I'd never ! Dah jom. " Lelaki itu menarik tangannya lalu melangkah keluar dari tandas dengan segeranya. Dia pun tidak bermaya untuk melawan lelaki itu kerana terlalu banyak memuntahkan isi perutnya.
Belum sempat mak mertuanya itu mahu bertanya, lelaki yang masih memegang tangannya itu terlebih dahulu membuka mulutnya. " Umi, Khalid bawa menantu umi ni pergi klinik sekejap. Takut food poisoning ke apalah. Assalamualaikum. " Dia tidak diberi peluang untuk berbicara langsung membuatkan dia sedikit terasa hati.
Kedengaran risau benar bicara lelaki itu tetapi dia boleh bersuara untuk pihaknya sendiri. Sakit-sakit pun nak egolah kau Damia. " Hah waalaikumusalam. Apa-apa telefon umi. " Suaminya itu hanya mengangguk kecil lalu meneruskan langkahnya untuk keluar dari rumah.
" Faris, drive ke klinik dekat pekan tu. Laju sikit. "
Pemandu peribadi suaminya itu segera masuk ke dalam perut kereta lalu menghidupkan enjin kereta itu kerana dia lihat yang wajah majikannya itu begitu tegang. Kalau dia sudah disuruh segera, memang perlu segera. Jika tidak, lelaki itu akan bertukar menjadi singa yang mampu membaham orang.
" You, I okaylah. It's nothing. " Kata-katanya itu berjaya membuatkan lelaki itu menjelingnya. Okay, dia diam. Sikit-sikit nak marah, huh benci. Datang bulan ke lelaki itu ? Mahu marah saja 24/7. Lelaki itu lebih beremosi dari para wanita. " You kalau rasa nak muntah, bagitahu I. " Damia mengangguk.
" You makan apa sebelum ni ? Food poisoning ke ni ? I dah kata banyak kali sebelum makan basuh tangan, jangan makan benda bukan-bukan. You degil, sekarang apa dah jadi. Kalau you– "
Segera dia menekup mulut lelaki itu supaya berhenti membebel. Sumpah telinganya boleh berdarah mendengar pak cik tua ini membebel. Mahu menangis dia disitu mendengar bebelan panjang suaminya itu. " Apa yang you makan, I makan. Setiap kali I nak makan, you ingatkan I basuh tangan so I basuh. "
" Kalau you kena food poisoning, I jentik dahi you sampai lebam. " Ugutan lelaki itu membuatkan dia tak mahu melangkah masuk ke dalam klinik itu. Lagi seram ugutan tu daripada kena food poisoning.
YOU ARE READING
MS : Isteri Tuan Khalid ✔️
RomanceShe's born as a princess in a wealthy family but choose to work for this one guy. Guy that everyone talked about. His handsome face, his money, his smile and the most question that been asked is WHY THIS HANDSOME GUY ARE STILL SINGLE ? " Tah tah dia...