33

378 12 3
                                    

" Jangan nak menggatal dengan lelaki lain lagi. I tak suka. " Hani mengajuk kata-kata Tuan Khalid membuatkan laju Damia memukul lengan rakannya itu. Suka mengusik tau. " Janganlah kacau, Damia tu. Tu denda sebab you lebihkan pekerja I daripada bos you sendiri. "

Dia ingatkan Puan Maznah mahu menyokong dirinya rupanya wanita itu pun turut mengusiknya. Besar tawa mereka selepas mengajuk lelaki itu. Jika lelaki itu tiba-tiba muncul kembali, mahu mengecut semua. " Janganlah korang, kitew malulah. Huhu. " Sumpah memang dia malu sekarang. Orang kata kalau dah suka, semua pun nak malu.

" Dahlah tu, Damia nak pergi mana sekarang ni ? Kata nak keluar tadi, biar abang teman. "

Damia mula menggaru kepalanya yang tak gatal. Kalau lelaki itu mahu ikut dirinya, takut dia tak dapat pergi tempat yang dia mahu je. " Takpalah, hari ni Abang Ikmal and the geng duduk rumah je. Damia bagi korang cuti. Damia nak release tension sorang-sorang hari ni. "

Dia memberi lelaki itu senyuman selebarnya supaya dia mendapat kepercayaan lelaki itu. Bukan apa, Tuan Khalid awal-awal dah pesan pada pengawal peribadinya itu supaya jangan percaya sangat pada Damia kerana Damia kuat kelentong. Ceh. Mana ada dia kuat menipu, dia cuma tak berkata jujur. Kan berbeza tu.

" Damia jangan nak bohong abang, baik bagitahu Damia nak pergi mana sebenarnya ? " Dia tak suka betullah kalau ada orang paksa-paksa dia bercakap jujur ni. Tolong, nanti dia menangis.

" Damia nak pergi jumpa.. " Dia mendekatkan diri pada lelaki itu untuk berbisik. Membulat mata lelaki itu mendengar nama yang disebutnya. " Hah, nak pergi jumpa Adam ?! " Laju tangannya melayang untuk memukul lengan lelaki itu. Langsung tidak boleh menyimpan rahsianya langsung.

" Syushhlah abang ! "

Apa guna dia berbisik kalau akhirnya lelaki itu mahu menjerit nama lelaki yang dia tak mahu ada orang dengar. " Kalau Tuan Khalid tahu ni, bukan setakat abang je kena bunuh, dengan Damia sekali kena bunuh. Jangan cari hal Damia. " Damia hanya membuat muka selamba mendengar kata-kata lelaki itu. Sejak bila dia takut akan lelaki itu ?

Tapi dia bukan nak pergi sangat jumpa lelaki itu tapi dia terpaksa. Kalau boleh baik dia duduk dirumah bakal suaminya itu daripada keluar bersama Adam. " Masalahnya abang, Damia dah janji dengan Adam dari dulu lagi. Dari sebelum pak cik halang Damia jumpa lelaki lain. Sekarang Adam tu nak tuntut janji. Tak ke Damia nampak teruk kalau ingkar janji orang ? " Dia memasang wajah paling comelnya.

Dia tiada pilihan. " Abang tak nak terlibat Damia. " Kalau bab gadis itu nak melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh Tuan Khalid, memang dia akan undurkan diri dahulu. Tak berani nak masuk campur, terlalu berani gadis itu. " Abang tak perlu terlibat pun, let me handle everything. Abang just suruh semua orang zip mulut diaorang. Okay ? "

Segera Damia mencapai beg tangannya lalu memulakan langkah ke pintu keluar. Ikmal yang melihat gelagat gadis itu hanya mampu menggelengkan kepala. Kalau dihalang gadis itu, pasti gadis itu akan memberontak. Tapi kalau tak dihalang pula, kerjayanya menjadi taruhan. Dia pun tak fahamlah hubungan gadis itu dengan bosnya.

Ting!

Ting!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
MS : Isteri Tuan Khalid ✔️Where stories live. Discover now