Damia menerjah masuk ke dalam ruang kerja sugar daddynya itu tanpa mengetuk pintu atau meminta izin terlebih dahulu. Panas betul hatinya sekarang. Sesuka hati saja lelaki itu mahu mengambil kebebasannya yang telah lama dia pertahankan. Jangan mencuba untuk mematikan masa mudanya.
" Tu– " Segala kata-kata makian, cacian, amarah atau apa pun yang negatif hilang dari fikirannya selepas melihat wajah lelaki yang sedang duduk kerusi berhadapan dengan sugar daddynya. Tanpa dia sedar, bibirnya mengoyak satu senyuman lebar.
'Oh mai oh mai, daddy baru. Okay Damia, pasang mode mengoda.' Bisik hati kecilnya.
Dia membetulkan suaranya yang dari nak menjerit tadi kepada suara yang paling manja serta menggoda. " Tuan Khalid nak minum apa-apa ke ? I buatkan. Coffee ? Tea ? Green tea ? " Damia berdiri diantara dua lelaki itu tetapi matanya hanya memandang ke arah lelaki muda itu. Bersinar matanya melihat senyuman manis lelaki itu yang membuat dia cair.
" I want coffee please. "
Dia hanya mengangguk kecil sementara matanya masih pada lelaki muda itu. " Uhm..you ? Nak minum apa ? I buatkan. I tahu buat semua air yang ada dekat pantry tu. Ai(I) love you pun I boleh buat. " Dia menggigit bibir bawahnya.
Meleret kata-kata gadis itu membuatkan tumpuan Khalid yang sedari tadi diberikan pada kertas kerja itu kini diberikan pada gadis yang tiba-tiba menjadi seperti cacing. Tergedik sini tergedik sana. Macam mahu patah sudah tengkuk gadis itu menggoda lelaki dihadapannya itu. " You're so cutelah. Just give me glass of water, thank you. "
Wah bukan main lagi budak ni tersenyum-senyum pada gadisnya. Mata lelaki itu pula memang nak kena pandang wajah Damia sahajakah ? " I rasa you boleh pergi buat air dah kot. I haus ni. " Diberi gadis itu jelingan setajam jelingan helang tetapi diabaikan begitu sahaja kerana gadis itu sibuk memandang lelaki dihadapannya itu.
" Your P.A eh, Tuan Khalid ? Beautiful. Single ke taken ? " Soal lelaki itu.
Terangkat keningnya mendengar soalan lelaki muda itu. Adakah lelaki itu sedang cuba untuk try pembantu peribadinya ? Dia sendiri pun belum mendapatkan gadis itu, kenapa lelaki itu mahu mendekati Damia ? " Yes, she's beautiful. Why don't you just ask her if she's single or not ? Why are you asking me about that ? " Dia perlu kekal profesional.
Dapat dia lihat lelaki itu mengangguk kecil. Ah takkanlah lelaki itu benar-benar akan bertanya, dia hanya menyindir lelaki itu sahaja. " Great idea. You're such a good guy, Tuan Khalid. " Khalid hanya mampu memicit-micit kepalanya yang tiba-tiba rasa berdenyut. Bagus Khalid, bagus. Tambah lagi sorang pesaing.
YOU ARE READING
MS : Isteri Tuan Khalid ✔️
RomansaShe's born as a princess in a wealthy family but choose to work for this one guy. Guy that everyone talked about. His handsome face, his money, his smile and the most question that been asked is WHY THIS HANDSOME GUY ARE STILL SINGLE ? " Tah tah dia...