69

218 8 0
                                    

" You, I nak pergi solat maghrib berjemaah dekat masjid dengan abah. "

Kata-kata suami itu hanya dibalas dengan anggukan lalu kepalanya dipusingkan untuk melihat lelaki itu. Sesaat matanya menangkap susuk tubuh suaminya itu, saat itu jugalah dia tersedak air yang sedang dia minum.

Uhuk uhuk!

" Eh you okay ke tak ni ?! Kenapa minum tu tergesa sangat ? " Tiada kaitan dengan cara dia minum mahupun masa dia minum. Tengoklah pakaian lelaki itu !

Baju yang tersarung dibadan lelaki itu bukan setakat boleh buat dia tersedak, pengsan pun boleh

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Baju yang tersarung dibadan lelaki itu bukan setakat boleh buat dia tersedak, pengsan pun boleh. Kau tengoklah tu. Kacak sungguh woi. Betullah hikmahnya mereka balik kampung ni besar.

Kebanyakan pakaian yang lelaki itu pakai di kampung ni langsung tak pernah dia lihat sebelum ini. Sungguh dia suka lihat lelaki itu tanpa sebarang barangan mewah yang terpasang dibadan lelaki itu.

Hanya jubah putih mampu buat dia meleleh-leleh air liurnya. " Dah okay ke belum ni ? Aduh, you ni buat I risaulah. I cakap dengan abah I tak jadi ke masjidlah, I jaga you eh ? "

Segera digelengkan kepalanya sambil dia cuba bernafas dengan normalnya. " You pergi jelah, I okay je. Tapikan, I nak ikut boleh ? " Terangkat kening lelaki itu mendengar permintaannya.

" Boleh je, jomlah. Pergi tukar baju, ambil telekung tu. "

Segera dia berlari ke arah bilik mereka untuk melakukan apa yang suaminya itu suruh. Bukan selalu mereka boleh meluangkan masa bersama macam ni. " Sayang, kita jalan kaki tau. I bagi abah dengan umi naik motor tu pergi masjid, biar kita dengan budak-budak I yang jalan kaki. Tak jauh pun masjid tu. "

Gadis itu hanya tersenyum kecil lalu menganggukkan kepalanya. Lega dia lihat isterinya tidak merungut, sungguh taat gadis itu padanya. " Jomlah, apa lagi you tunggu. "

MS : Isteri Tuan Khalid ✔️Where stories live. Discover now