Ah sudah.
" Cukup ke tak effort ni ? " Bertimbun bunga di atas mejanya membuatkan dia terngangga. Kepala hotak mamat ni beli banyak-banyak untuknya. Dia nak buat apa dengan semua bunga ni ?! Dia mengaru kepalanya yang tak gatal. Dia hanya bergurau semalam tapi lelaki itu mengambil serius kata-katanya. " Kalau ni pun tak cukup effort, I boleh belikan kedai bunga tu terus. "
" YOU ! "
Dia memukul lengan lelaki itu menyebabkan lelaki itu terkejut. " Auch, what's that for ? " Yelah tiba-tiba sahaja dipukul, mana Khalid tak bengang. Punyalah dia suruh pekerja-pekerjanya mengangkut bunga-bunga itu untuk diletakkan di atas meja gadis itu, akhirnya dia dapat pukulan je ? Diusap perlahan lengannya yang dipukul tangan kecil gadis itu. Berbisa juga.
" You beli banyak-banyak bunga ni untuk apa pula ?! You ingat I nak buka taman bunga ke apa ? " Beri bunga pun dia kena marah. Sekarang ni dia keliru siapa bos siapa pekerja. Hubungan dia dengan Damia seperti bukan hubungan bos dengan pekerja lagi dah. Lebih kepada pasangan kekasih yang sering bergaduh seperti anak kecil.
" I beli untuk you tau, yang you marah I ni kenapa. " Bukan dia marah, sebenarnya Damia suka sangat. Dia marah lelaki itu hanya untuk menutup kenyataan yang mukanya menjadi merah kerana dia malu.
Lelaki idamannya beri bunga semalam pun dia dah berguling-guling diatas katil, nikan lagi lelaki itu memberinya sebanyak-banyak bunga itu. Lagi dia gembira ! Mahu dia menari-nari keliling pejabat itu tapi ditahan. " I nak tanya you satu soalan je. " Lelaki itu tiba-tiba mendekatkan mulut pada telinganya.
" You marah I lagi ke ? "
Suara garau yang menyapa telinganya itu membuatkan dia meremang, pipinya makin memerah, semualah. Bau kelelakian Tuan Khalid membuatkan dia menelan liurnya sendiri. " Ta..tak, tak marah ! " Dapat dia rasa yang lelaki itu tersenyum lebar disebelahnya. Aduh Damia. Kata nak marah lama-lama, ni baru kena bisik sikit kau dah cair. Teruklah.
" Good girl. Jangan marah I lama sangat, I tak suka. " Kepalanya diusap perlahan membuatkan dia menutup matanya rapat-rapat. Takut kalau dia pandang wajah lelaki itu dia akan pengsan pula. " Kerja ye, sayang. I pun kena kerja. "
You guys dengar tak ? Dengar tak ?! Dia dipanggil SAYANG. SAYANG. TUAN KHALID PANGGIL DIA SAYANG. Selepas lelaki itu masuk ke dalam ruangannya, telefonnya berbunyi.
YOU ARE READING
MS: Isteri Tuan Khalid ✔️
RomanceShe's born as a princess in a wealthy family but choose to work for this one guy. Guy that everyone talked about. His handsome face, his money, his smile and the most question that been asked is WHY THIS HANDSOME GUY ARE STILL SINGLE ? " Tah tah dia...