68

239 8 0
                                    

" Hah, okay. Lisa boleh ke datang sini ? Kan Lisa tak suka panas-panas macam ni. " Damia memandang ke arah suaminya itu. Kenapa prihatin sangatlah lelaki itu terhadap wanita gedik dihadapannya itu masyaAllah. Bukan main lentok suara wanita itu bila berbicara dengan suaminya. Apakah dia halimunan disitu ?

" Memanglah Lisa ni puteri lilin tapi untuk abang Khalid, apa pun Lisa boleh buat. Lisakan sayang abang. "

Membuntingnya seketika. Bicara wanita itu membuatkan Damia mendekati lelaki itu lalu berbisik. " Kata takda siapa nak, tu hah ada dah orang nak. " Dapat dengar keluhan berat lelaki itu. Takdalah, dia tak marah. Tak cemburu. Tak tak...

" Pakcik, Damia balik dululah. Bye, pakcik. " Sengaja wanita itu memanggilnya 'pakcik' dihadapan Lisa itu. Sudah pastilah sang isteri sedang cemburu. Kalau dia jadi gadis itu pun dia akan cemburu. " Budak kampung ni ke abang ? Tak pernah nampak pun sebelum ni. "

Dek kerana panggilan pakcik itu, Lisa menganggap isterinya sebagai salah seorang penduduk kampung itu. Memang itulah yang dirancang oleh isterinya, dia tahu. Sebelum sempat Damia melangkah pergi, Khalid terlebih dahulu menarik gadis itu mendekatinya.

" This is my wife. "

Pendek pernyataannya tapi mampu membuat Lisa menjerit histeria. " ABANGGGGGG !!! KENAPA BUAT MACAM NI DEKAT LISA ! LISA TUNGGU ABANG TAHU TAK ! " Kedua-dua tangannya automatik menutup telinga sang isteri kerana suara wanita itu terlalu bingit.

Kalau gegendang telinga isterinya pecah, wanita itu nak tanggungkah ? Takkan ? " Abang tak pernah suruh tunggu pun, abang tak pernah kata abang suka Lisa. Yang selalu abang cakap ialah berhenti kejar abang. Lisa cantik, ramai lagi nak dekat Lisa tapi bukan abang. Lisa baliklah. "

Dengan rasa tak puas hati, wanita itu pergi meninggalkan mereka berdua. Tidak dia peduli soal perasaan wanita itu, dia hanya mahu isterinya bahagia. " Amacam, macho tak I ? " Besar senyumannya melihat wajah sang isteri.

" Tch, acah. Wek nak majok. "

Muncung isterinya sudah keluar sedepa, comel betul. Dicubit lembut pipi isterinya itu sambil sedaya upaya dia menahan keinginannya untuk mengucup isterinya itu. Kalau sekarang dia berada dibilik mereka, memang sudah dia kucup-kucup isterinya itu.

" Baru datang sorang fans I, you dah nak balik. Belum datang yang lain lagi, agaknya apalah yang you buat. " Selepas berkata begitu, dia berjaya mendapat jelingan tajam dari isterinya itu. Dia tak rasa jelingan itu menyeramkan bahkan dia merasa jelingan itu sangat comel.

" You tunggu I bawa semua ex I, semua fans I and semua scandal I. You tunggu. "

Pek!

" YOU ! " Memang kesukaannya menjentik dahi gadis itu. " You bawa jantan mana-mana, I bunuh diaorang. "

MS : Isteri Tuan Khalid ✔️Where stories live. Discover now