35

370 14 0
                                    

" You stop there, Damia Aleeya. "

Damia mengetap giginya sekaligus langkahnya terhenti betul-betul sebelum dia sempat masuk ke dalam rumah itu. Betul marah lelaki itu sampai tak bagi dia masuk ke dalam rumah itu langsunh. " You dari mana ? " Kerap betul dia dengar soalan itu keluar dari mulut lelaki itu sekarang. Dari mana dari mana, cuba lelaki itu tanya keadaannya hari ini.

" I keluar release tension. " Terangkat kening lelaki itu mendengar kata-katanya. Entah lelaki itu percaya ataupun tidak, dia pun tak tahu. Dia akan kekal dengan alasan itu dengan yakinnya. " Release tension dekat mana ? Dengan siapa ? Kenapa tak bawak Ikmal dengan yang lain ? Kenapa keluar tak bagitahu I ? "

Berderet-deret soalan keluar dari mulut lelaki itu membuatkan dia pening. Susahlah bila lelaki yang cemburu, macam-macam dia curiga. Diketip bibir lelaki itu menggunakan tangannya supaya lelaki itu tidak bersuara lagi. " You jangan tanya banyak sangat. I baru release tension, you bring back the tensionlah. "

Sebelum sempat pun lelaki itu membuka mulutnya, dia sudah pun terlebih dahulu menayangkan sesuatu di depan wajah lelaki itu. " I got you this. Cutekan ? " Keychain yang diukir 'Mia's' itu digoyang-goyangkan sambil dia tersenyum teruja.

Sebelum dia keluar dari mall, dia terlihat kedai yang menjual keychain yang boleh diukir. Jadi dia fikir untuk membeli satu supaya boleh menenangkan hati lelaki itu. Dia cuba sebaik mungkin untuk menyembunyikan apa yang dia lakukan sebentar tadi. " Untuk apa ni ? " Kerana lelaki itu terlalu lambat, Damia terlebih dahulu mencapai tangan lelaki itu lalu meletakkan keychain itu di atas tapak tangan Tuan Khalid.

" You pasanglah dekat mana-mana. Mana tahu ada orang nak ngorat you ke, you tunjuk je keychain tu. "

Damia membuat tarian kening untuk mencabar lelaki itu supaya membuat perkara yang dia suruh. " Kalau you sayang I, you gantung keychain ni. Kalau you tak sayang, you boleh bagi pada Adam. "

Pek!

" You ! " Selesai bicaranya, Khalid terus menjentik dahi gadis itu. Berani-berani sebut fasal lelaki lain dihadapannya, lagi-lagi fasal Adam tu. " Denda sebab mulut tu banyak sangat sebut nama lelaki lain. I tak suka. " Perlahan dia mengusap dahi yang dia jentik sebentar tadi. Kasihan melihat gadis itu kesakitan.

Nampak kemerahan kawasan dahi itu tetapi perkara itu telah menjadi kebiasaannya bila dia merasa marah dengan gadis kecil itu. Mungkin dia terbawa oleh emosi. Tetapi dia benar-benar tak suka gadis itu bersama lelaki lain. Itu sahaja.

MS : Isteri Tuan Khalid ✔️Where stories live. Discover now