61

264 8 0
                                    

" Tuan, kita dah sampai. "

Khalid hanya mengangguk kecil mendengar kata-kata pemandunya itu. Kepalanya dipusingkan menghadap belakang untuk melihat sang isteri. Dia terpaksa merelakan isterinya duduk bersama rakannya ditempat duduk belakang walaupun pada asalnya dia mahu bermanja-manja dengan isterinya.

Memang Hani menolak untuk naik kereta yang sama dengan mereka dan menawarkan diri untuk naik kereta bersama pengawal-pengawal peribadinya. Tapi malangnya isterinya terlalu berkeras mahu gadis itu naik bersamanya. Katanya biar ada rakan untuk berbual. Dia ni apa ? Tunggul ke ?

Apa dia boleh buat ? Tiada apa-apa. Wanita itu lebih berkuasa dari dirinya. Dalam rumah tangga, suami adalah kepala keluarga tapi isteri adalah tengkuk keluarga. Jadi dia tidak mampu menolak permintaan gadis kecilnya itu. " Yang, kita dah sampai. Sayang wake up. " Perlahan suaranya.

Terlihat isterinya yang sedang tidur sambil memeluk lengan rakannya itu perlahan-lahan membuka matanya. Hani juga turut sedar dari tidurnya apabila Damia mula bergerak-gerak. Sungguh kelihatan mesra dua orang itu.

Kenapa dia rasa cemburu walaupun Hani itu seorang perempuan ? Dia pun tak tahu. Kalau tentang gadis itu, apa pun dia akan cemburu. Sungguh dia gila sekarang. " Alhamdulillah sampai. " Damia meregangkan badan sehingga baju gadis itu terangkat membuatkan dia menelan air liurnya. Begitu pun dia sudah tergoda.

Kalau tiada sesiapa dalam kereta itu, memang dia sudah baham isterinya itu. Memang dia kurung gadisnya itu sebelum masuk ke dalam rumahnya, nasib ada Hani disitu. " Dah jom keluar, umi dengan abah dah tunggu tu. " Mereka hanya mengangguk lalu melangkah keluar dari kereta itu.

Kedamaian dikampungnya itu membuatkan dia tenang, langsung tidak sama dengan suasana dibandar. Angin sepoi-sepoi bahasa yang meniup-niup rambutnya itu membuatkan dia rasa seperti sedang merakam musik video. Jika dia boleh tinggal disini selamanya, dia pasti mahu.

" Tengoklah anak umi tu, apatah dia buat berdiri dekat situ. " Suara ejekan isterinya itu membuatkan dia tersedar dari lamunan. Baru mahu in character, dah kena kacau. Dapat dia dengar tawa kecil gadis itu. " Dah-dahlah tu Lid, meh masuk. Umi dah siap masak. " Uminya hanya menggeleng-gelengkan kepalanya sambil ikut tertawa kecil.

Langkahnya dibawa menuju ke dalam rumah sambil matanya memandang tajam sang isteri yang sedang menjelir lidah kepadanya. Laju dia mendekati gadis itu lalu menarik gadis itu ke dalam dakapannya. Dikucup berkali-kali pipi gadis itu.

" Kenakan I nombor satu, kena gigit tahulah you ni."

Sengaja dibuat muka seriusnya. Kalau orang lain yang tengok mukanya ini, pasti sudah terkencing dalam seluar. Tapi lain pula dengan isterinya itu. Gadis itu boleh suka-suka tahu tak. Tidak pernah ada orang yang mampu bertahan dengan sikapnya kecuali gadis itu.

" Uuuu takutnya. Pakcik ni garangnya, kita takutlah. " Senggihan kecil muncul pada bibirnya apabila gadis itu berbisik sesuatu padanya. " You can bite me anywhere, daddy. "

Ya Allah, kuatkanlah dia.

MS : Isteri Tuan Khalid ✔️Where stories live. Discover now