Sedang mereka duduk dipondok di hadapan rumah mertuanya sambil memakan mangga, Damia tiba-tiba memandang ke arah rakannya itu. Dia terfikir sesuatu apabila memandang rakannya itu. " Sejak duduk dekat sini, you asyik hilang je babe. You pergi mana ? " Soalnya pelik.
" Huh ? Ouh. Takda pergi mana, you yang selalu sangat berkepit dengan sugar daddy you tu. " Jawab rakannya itu santai. Dia masih ragu-ragu dengan keberadaan wanita itu kerana jarang dia lihat Hani dirumah bersama mereka.
Dia berkerut seketika sebelum mengangguk kecil. Seingat dia sejak mengandung ni, tak ada pula dia berkepit sangat dengan suaminya. Dia lebih berkepit dengan mertuanya dari suami sendiri hingga lelaki itu cemburu. " Nak pergi mana, Ikmal ? " Suara suaminya yang menyapa telinga itu membuatkan dia memusingkan kepala ke arah suara itu.
" Keluar sekejap Tuan. Abah, Mal pinjam motor sekejap. " Khalid hanya memandang pengawal peribadinya itu sambil mengangguk-angguk. Memang semua pengawal peribadinya memanggil abahnya sebagai 'abah'. Akrabnya pekerjanya itu dengan keluarganya. Dia hanya membiarkan lelaki itu melangkah keluar dari rumah tanpa banyak bertanya.
" Hani, jom. "
Dari perasaan tidak kesah, terus menjadi perasaan nak sangat kesah. Membulat matanya mendengar bicara lelaki itu. " Woi sejak bila bercinta ni ?! Tak tahu pun, teruk ah korang ni. " Isterinya yang sedang duduk itu seperti meluahkan apa yang hatinya mahu katakan. Memang ayat itulah yang dia mahu katakan tapi isterinya katakan terlebih dahulu.
" Tak tanya, kita tak bagitahu. " Dia hanya memerhatikan tindak-tanduk pekerjanya dan rakan isterinya itu sambil cuba memproses apa yang sedang berlaku. Ikmal hanya tersenyum kecil sementara Hani memukul lembut lengan isterinya itu. " Untunglah you dapat young, hot and spicy. Lazat dimakan begitu sahaja. "
Jatuh rahangnya mendengar kata-kata isterinya itu. Sedap memuji lelaki lain dihadapannya. Gadis itu tak sedarkah dia berdiri dihadapan pintu ni ? " See the leglah babe, Hani kot. Dahlah jom jalan abang. " Dah kenapalah dua sekawan ni masuk air sangat. Sakit kepalanya melayan jenaka mereka.
" Ehem ehem. "
Perlahan langkahnya menuju ke arah isterinya itu. " Eh you, bila keluar ? Meh duduk. " Lah betullah isterinya tak nampak dia berdiri dipintu sedari tadi. " Bukan main puji Ikmal tadi. Apa ? Young, hot and spicy ? " Gadis itu hanya menghadiahkan dirinya senyuman lebar.
" Benda betul. " Gadis itu memeluk pinggangnya selepas menghabiskan bicaranya. Walaupun dia marah, dia tetap membalas pelukan isterinya itu. Mana boleh dia marah gadis itu berlama-lama, nanti dia yang rindu. " Kalau I betul-betul pecat Ikmal, jangan tanya kenapa. "
Laju tangan Damia memukul lengan lelaki itu. Mengada sangat orang tua ni nak memecat orang bagai hanya kerana cemburu. Tak fasal-fasal nak tutup periuk nasi orang. " Gatalnya isteri aku ni, Ya Allah. "
YOU ARE READING
MS : Isteri Tuan Khalid ✔️
RomanceShe's born as a princess in a wealthy family but choose to work for this one guy. Guy that everyone talked about. His handsome face, his money, his smile and the most question that been asked is WHY THIS HANDSOME GUY ARE STILL SINGLE ? " Tah tah dia...