" Morning you. " Khalid tersenyum kecil mendengar suara yang menyapa telinganya itu.
Celik sahaja mata, isterinya sudah berada tepat dihadapan matanya. Indah betul pemandangan yang dapat dia lihat setiap kali bangun sekarang. Selepas subuh memang dia terus tidur semula kerana terlalu letih semalam. Walaupun dia masih bercuti, dia tetap perlu siapkan kerjanya di rumah. " Morning, sayang. You dah makan ke ? "
Melihat isterinya sedang mengikat rambut membuatkan dia laju menarik pinggang gadis itu sehingga gadis itu baring diatas katil itu bersamanya. Tanpa ragu, dia mengucup lembut leher putih itu berkali-kali. Damia selalu mengodanya seperti itu sebelum mereka berkahwin dan sekarang dia tak perlu menahan godaan itu lagi.
" 4 rounds kita semalam baby, masih nak lagi ? I terlalu menggoda ke ? " Gadis itu tersenggih kecil selepas menghabiskan bicaranya itu.
Pek!
" Auch ! "
Damia menggosok perlahan dahi yang dijentik tadi. Lama-lama dia boleh dapat gegaran otak tahu tak. Hari-hari dijentik sebegitu, dia rasa mahu buang saja kepalanya. " You have to stop doing that, pakcik. You're hurting me tahu tak. " Lelaki itu mengalihkan tangannya yang berada didahinya sendiri lalu mengucup lembut kawasan yang mulai memerah itu. Kalau kena kucup selepas dijentik, dia rela dijentik hari-hari.
" Kalau ikutkan hati I, 100 rounds pun I boleh lagi. Kesian dekat you je. "
Laju tangannya memukul-mukul lengan suaminya itu. Dia yang mengusik lelaki itu terlebih dahulu tapi kenapa dia pula yang merona merah. Sejak berkahwin, fikiran lelaki itu semakin menjadi-jadi liar. Kadang-kadang dia yang suka menggoda ni pun jadi segan.
" Daripada I layan otak mereng you ni, baik I pergi lepak dekat bawah. " Belum sempat dia melangkah pergi, pinggangnya terlebih dahulu ditarik sehinggakan dia terbaring semula di sebelah lelaki itu. Dapat dia rasakan lelaki itu tersenyum lebar dibelakangnya sambil tangannya memeluk erat pinggang kecilnya.
" Temanlah I dekat sini. Don't just hang out with your bodyguard tapi tak hang out dengan your husband pun. I'm– " Lebar senyuman Damia selepas lelaki itu secara tiba-tiba menghentikan kata-katanya.
" You apa ? "
" Takda apa-apa. "
" You apa tadi ? "
" Takdalah. "
" Yelah tu. Cakaplah you apa. "
" I'm jealous ! "
Segera Damia memusingkan badan menghadap suaminya itu sambil senyuman lebar terukir dibibirnya. Pertama kali dia dengar lelaki itu mengatakan perkataan cemburu itu, dia jadi teruja. " You are so cutelah pakcik. Tak sangka dah tua-tua pun jealous lagi, macam budak-budaklah. Malulah dengan semua orang. "
" Suka hati you je panggil I tua, habis tu you tak tua ke ? " Laju dia menggelengkan kepalanya. Mana ada dia tua, dia baru 25 tahun. " I ni dahlah muda, hot, cantik, cute, independent. Semua ada. Untung you dapat kahwin dengan I, kalau tak I kahwin dengan abang Ikmal. "
Terngangga mulut Khalid mendengar kata-kata yang keluar dari mulut isterinya itu. Dicebikkan bibirnya tanda dia protes dengan isterinya. Suka hati je cakap begitu dihadapannya. Tidak cukup hot ke dirinya itu ? Dia ni pujaan hati wanita diluar sana tahu tidak ? " Alah you ni, gurau pun tak boleh. Takkanlah I nak kahwin dengan dia, I kan sayang you. You paling seksi setakat ni. "
Laju gadis itu mencapai bibirnya lalu mengucup lama bibirnya itu sehingga dia tersenyum dalam ciuman itu. Ciuman itu disudahi dengan kucupan kecil. " You jangan sampai I pecat Ikmal tu eh. "
YOU ARE READING
MS : Isteri Tuan Khalid ✔️
RomansaShe's born as a princess in a wealthy family but choose to work for this one guy. Guy that everyone talked about. His handsome face, his money, his smile and the most question that been asked is WHY THIS HANDSOME GUY ARE STILL SINGLE ? " Tah tah dia...