Damia mengetuk pintu pejabat lelaki itu sebelum menolak pintu itu perlahan. Sudah hampir 10 minit sebenarnya dia berdiri dihadapan pintu itu sebelum cuba memberanikan diri untuk mengetuknya. " Can I come in ? " Suaranya sudah tak seceria sebelum ini. Mana nak cerianya ? Baru kena tengking dengan pak cik tua tu.
" Tercegat dekat pintu tu nak jadi pintu ke ? Masuklah. "
Menusuk ke kalbu betul kata-kata lelaki itu. Dia melangkah masuk ke dalam pejabat itu dengan tidak relanya. Kalau boleh dia tak nak pun jumpa lelaki itu tapi disebabkan lelaki itu suruh dia hantar kerjanya itu sendiri, dia tabahkan diri juga. Berat saja langkahnya, berat lagi kepalanya untuk diangkat memandang lelaki itu.
Cubaan untuk menyuruh kak Sara menghantarkan kerjanya itu tidak berjaya walaupun selepas dia merayu seribu kali. Bukan kerana wanita itu tidak mahu tetapi..
" Akak please tolong hantarkan, kali ni je. Damia belanja akak lunch nanti. " Akhirnya wanita itu mengambil kertas yang berada ditangannya itu. " This time je, akak tak pernah buat macam ni. Tuan Khalid pun entahlah. "
Tak sampai beberapa minit pun wanita itu sudah keluar dari pejabat pak cik tua itu lalu berjalan ke arahnya. " Dia reject. "
" HAH, AGAIN ?! Pak cik tua ni memang nak kena dengan aku, dia m– " Belum sempat dia menghabiskan kutukannya, akak Sarah sudah menutup mulutnya. " Dia reject akak hantarkan kerja Damia ni. Dia nak Damia hantar sendiri. "
Dia meletakkan kertas yang sedari tadi dipegangnya di atas meja lelaki itu. Dengan sesegera mungkin dia memulakan langkahnya untuk keluar dari pejabat itu. Tidak mampu dia ditengking lagi untuk hari ini, cukup lemah hatinya sudah. " Wait– " Damia menghentikan langkahnya apabila disuruh. Dia sudah mula terbau bahaya yang bakal datang.
" Siapa bagi you keluar ? Ada I kata you boleh keluar ? "
Perlahan dia memusingkan badannya menghadap lelaki itu lalu menggeleng kecil. Dia mengeluh kecil sebelum melangkah perlahan menuju meja lelaki itu. " Tuan Khalid ada nak apa-apa lagi ke ? " Lelaki itu memandangnya dengan wajah sedingin ais.
Mahu saja dia menyiram air panas atas kepala lelaki itu bagi mengurangkan kedinginan wajah lelaki itu. Geram sungguh. " I tak nak dengar sebarang 'no' or sebarang 'buts'. " Suara garau lelaki itu membuatkan dia semakin meremang. Kenapa terlalu tegang situasi sekarang ni ? Apakah dia akan dipecat ? Baru tiga hari dia bekerja, takkan perkara itu terjadi.
" Sekarang you kena ikut I jumpa client, I tak kira. " Arahan lelaki itu membuatkan dia menggaru kepalanya. " Okay ? " Kenapa dia perlu berkata 'tidak' ataupun 'tapi' dengan arahan itu ? Berkerut dahinya memikirkan perkara itu.
" Bukan ke tu memang tugas P.A ? Kenapa tuan rasa I akan tolak ? " Tuan Khalid memandangnya sambil menggigit bibir bawahnya sendiri. Sumpah dia katakan yang lelaki itu sungguh terlihat menggoda sekarang. Boleh dia terkam lelaki itu ? Tolonglah dengan kemeja yang sengaja dibuka tiga butang atas membuatkan dia dapat melihat dada lelaki itu.
" DAMIA ALEEYA ! "
" Y–ye pak cik ! " Damia menutup mulutnya apabila dia terlepas kata. Mulut ni lancar sungguh menggelarkan lelaki itu sebegitu. Dia disergah jadi dia terkejut sehingga terlepas cakap. " You called me pak cik ?! " Terangkat sebelah kening lelaki itu dan dia hanya mampu mengangguk kecil. Mahu selindung pun tak guna sebab memang jelas dia menyebut perkataan itu.
" Pak cik. " Dia menyebut perkataan itu sambil tersenyum lebar. Senyuman yang dibentuk bagi menyembunyikan rasa takutnya." But why ? " Soalan lelaki itu membuatkan dia mengangkat tinggi bahunya. Bukan dia tak mahu beritahu sebabnya, cuma dia takut. Membulat mata lelaki itu membuatkan dia lebih takut.
" Maybe because you're wayyyyyy too old than me ? " Damia perlahan-lahan mengundurkan diri untuk keluar dari pejabat itu. " Ugh– whatever. Out now, kejap lagi kita keluar. "
YOU ARE READING
MS : Isteri Tuan Khalid ✔️
RomanceShe's born as a princess in a wealthy family but choose to work for this one guy. Guy that everyone talked about. His handsome face, his money, his smile and the most question that been asked is WHY THIS HANDSOME GUY ARE STILL SINGLE ? " Tah tah dia...