67

217 8 0
                                    

" Uit abang handsome, buat apa tu ? " Lelaki yang sedang sibuk itu memusingkan badan ke arah dirinya membuatkan dia tersenyum lebar. Entah kenapa hatinya berbunga-bunga melihat sang suami ketika itu.

Baju putih polos, seluar hitam serta topi jerami yang tersarung dikepala lelaki itu mampu membuat Damia tersenyum sehingga ke telinga. Tiada pakaian mewah mahupun barangan mewah dibadan lelaki itu tetapi ketampanan lelaki itu masih ada. Seperti itulah dia mahu lihat lelaki itu, bersahaja tanpa perlu banyak bergaya.

Peluh-peluh yang menitis didahi lelaki itu membuatkan hatinya terusik. Begitu kuatkah lelaki itu bekerja ? Sekuat itukah lelaki itu bekerja untuk membangunkan syarikat kesayangannya itu ? Sungguh besar pengorbanan lelaki itu. Tidak mudah untuk menguruskan syarikat sebesar itu.

" Sayang woi ! "

Terangkat bahunya mendengar jeritan lelaki itu. " Dah kenapa jerit-jerit ni ?! " Perlahan-lahan dia mengusap dadanya. Laju berdegup jantungnya apabila diterjah sebegitu. Hampir luluh hati kecilnya itu diterjah sebegitu. " Takdalah, I panggil you dari tadi kot. Tersenyum-senyum pandang I. " Salahkah senyum pandang suami sendiri ? Dapat pahala apa.

" You buat apa datang sini, panas ni. Gelap kulit you nanti. " Dia membuat muka menyampah pada suaminya itu. Sungguh terhina dia dengar kata-kata lelaki itu. " You ingat I ni city girl sangat ke ? Setakat panas macam ni, takda apanya. " Lelaki itu hanya mengangguk kecil sambil meletakkan alatannya ke tanah.

" Umi dah siapkan makanan untuk you, jom I teman you makan. " Lelaki itu mengajaknya duduk disebuah pondok kecil yang berdekatan dengan sawah itu. Jarang-jarang dia dapat duduk dikawasan setenang ini. Yelah, biasanya duduk dikawasan bandar, mana tenangnya.

Sementara lelaki itu makan, Damia hanya memperhatikan sang suami. Bila lagi mereka boleh habiskan masa macam ni ? Tiada. Kehidupan lelaki itu terlalu sibuk dan dia hanya mampu menerima kenyataan itu. " Masa you kerja tadi, ada ke anak dara datang jenguk you ? Ada ke tak ? Baik mengaku ! "

Khalid hanya tersenyum kecil sambil memandang gadis di hadapannya itu. " Manalah ada orang nak dekat pak cik tua macam I ni, you sorang je tergila-gilakan I. " Mata gadis itu semakin mengecil. Memang dia ni muke tak boleh dipercayai ke ?

" Bet– "

" Abang Khalid ! " Kata-katanya terhenti apabila ada seseorang memanggil namanya. Matanya melilau mencari tuan empunya suara dan akhirnya matanya berjaya menangkap susuk tubuh orang itu. Dia menggigit bibir bawahnya seketika. " Hah, Lisa. "

" Hi abang Khalid, lama tak jumpa. Lisa selalu tunggu abang Khalid balik kampung tau. " Khalid hanya mampu tersenyum kekok sambil matanya melihat ke arah sang isteri. Datang sudah masalah ni.

MS : Isteri Tuan Khalid ✔️Where stories live. Discover now