"Kak. Kira kak!"
Jegil mata Piah jeling muka sengal Faisal. Suka hati panggil aku hakak pula. Sengaja cari pasal.
Kaki Piah buka luas hampiri Faisal dan isterinya yang baru lepas makan tengah hari.
"Campur hutang lauk semalam dengan punya semalam, lima puluh dua ringgit,"
Ujar Piah, datar. Sehelai kertas nota dia letak atas meja. Hani menganga. Lauk semalam? Dengan semalam?
"Baby beli lauk semalam?? Honey ingatkan baby masak.."
Guling ke atas anak mata Piah. Tolonglah dia sakit jiwa tengok drama orang dah kahwin. Faisal garu pelipis sendiri.
"Sorry honey. Baby dah masak lauk, tapi TERmasin teruk! Sebabtu baby beli aje lauk dari sini. Takut honey tak selera makan."
Lembut Faisal usap pipi merah Hani. Hani nyaris menangis. Biasalah. Emosi mak mengandung.
"Kalau baby dengan honey dah habis buat drama, sila bayar dekat kaunter sana. Saya ada banyak lagi kerja nak buat."
Jengkel nada sarkastik Piah. Dia terus kembali menonong masuk ke dalam kedai makan. Asyik- asyik jumpa orang kahwin. Huh! Menyampah.
"Piah,"
Seru Peah dengan mengejut. Piah menoleh perlahan. Bahasa tubuh Peah aneh semacam.
"Apasal?"
Pelik Piah perhati tingkah kakaknya. Terhendap- hendap ke arah luar. Peah mendekat rapat.
"Ada awek bandar datang cari tunang Iskandar,"
Bisik Peah dengan mulut herot. Piah terbeliak. Ganas dia tanggalkan apron dari badan.
"Mana dia?"
Ketawa Peah meletus. Tak tahan tengok gelagat Piah. Cepat saja kalau nak bergaduh.
"Dekat depan. Pakai abaya pink. Cantik juga—"
BAM!!
Terpelanting pen biru yang Peah pegang. Tak sedia dengar dentuman pintu dari Piah. Wow!
"Ganas. I like!"
Peah ketawa sendiri. Berani orang nak sondol Muiz Iskandar?? Hadaplah adik aku tu..
_________
"Cik? Cari tunang Iskandar ke?"
Suara Piah mengepit. Jadi perempuan. Mata tak lepas tatap wajah cantik yang sedang duduk itu.
"Oh. Awak tunang Iskandar?? Saya Nabilah. Kawan baik Iskandar dulu."
Panjang dialog Nabilah. Dia keluarkan tangan putih melepaknya untuk bersalam. Tapi tak bersambut. Piah hanya menatap kosong.
"Kenapa datang sini? Kau cari tunang Iskandar ke.. cari Iskandar?"
Kerusi depan Nabilah, Piah duduk. Piah beri isyarat halau Peah yang sibuk mengintai.
"Memang saya datang nak cari Iskandar. Tapi saya tak tahu rumah dia dekat mana. Yang saya tahu ini kedai makan keluarga tunang Iskandar."
Angguk. Piah buat muka selamba. Fokus pada tujuan Nabilah datang ke sini.
"Awak..dah kenal lama ke dengan Iskandar?"
YOU ARE READING
SOPIAH ISKANDAR [COMPLETE]
Aktuelle Literatur[BOOK 3] : ii dari [BOOK 1] Menuju gerbang masjid halal, mereka berdua diuji dengan kisah silam. Kisah silam yang datang untuk goyahkan ikatan pertunangan. "Aku minta maaf. Sebab aku bukan Muaz Akasa." -MUIZ ISKANDAR "Aku pun minta maaf. Sebab aku b...