Terbeliak mata Piah bila sedar dari mimpi lena. Dada kencang bagai nak pecah bila katil tempat Muiz kosong. Muiz hilang! Hah sudah. Dia mula dilanda gundah dan resah.
Baru sedikit Piah tolak selimut tebal yang menutup seluruh tubuh, halwa telinga dapat tangkap bunyi esakan seseorang. Pegun Piah nampak sosok suaminya di penjuru bilik.
Muiz duduk atas sejadah. Membelakangkan katil, khusyuk menadah tangan dalam tangisan. Piah tekup separa mulut. Tahan diri dari ikut menangis. Sobs..
Jam kecil atas meja Piah jeling. Pukul lima pagi. Dah hampir subuh. Akhirnya Piah tak bergerak. Perlahan dia kembali baring. Berpura tidur, tapi memerhati dan menjaga Muiz dalam diam.
Kuatnya suami aku.
"Kuatkan aku, Ya Allah. Kuatkan aku untuk terus hidup dengan rezeki yang masih ada. Ampunkan segala dosa yang aku dah buat. Aku tak tahu..."
Perit mencengkam dada. Menggigil dagu Muiz tahan tangisan. Air mata tak berhenti mengalir.
"Aku tak tahu aku dah buat dosa apa. Cuma Kau yang tahu semua dosa aku, Ya Allah. Ampunkan hambaMu ini. Aku sakit. Aku nak kembali pada Kau, Ya Allah. Kuatkan aku untuk terus kembali padaMU. Sesungguhnya Kau Maha Penyayang, Kau Maha Pengampun, Ya Allah."
Basah bantal Piah akibat rembesan air masin dari matanya. Berderai tak henti. Bergegar bahu Piah ikut Muiz nangis. Tangisan mereka sama- sama tak berbunyi. Sakit hingga rasa tak bernafas.
"Hanya padaMu aku memohon, Ya Allah. Tolong kuatkan aku untuk jadi lelaki baik. Tolong jagakan isteriku, dari segala kejahatan aku Ya Allah. Aku....tsk..aku sayang sangat pada Sopiah Ya Allah. Aku tak nak hilang dia macam aku hilang ibu ayah aku."
Allah..
Kedua tangan Piah mengepal kuat. Sedu sedan. Dah banjir selimut kena tempias air mata. Hidung pun tersumbat. Mulut Piah buka, cungap cari nafas. Dia terpaksa duduk untuk bernafas. Takut kalau kena semput, masak.
"Lindungi kami, Ya Allah. Kuatkan kami. Kuat kan aku untuk jadi hambaMu yang baik. Aku tahu aku jahat. Tapi Kau juga tahu aku nak jadi baik. Aku nak jadi baik, kerana Allah. Aku nak jadi Muiz. Aku nak jadi suami soleh Sopiah. Aku nak jadi adik soleh Muaz. Aku nak jadi baik macam Mejah.."
Lengan baju melayu Muiz dah lenjun. Berbalam kabur matanya akibat takungan air masin. Tak percaya rasanya tadi, dia juga yang teragak nak buat solat tahajud sekali pakej solat taubat.
Muiz fikir dia bakal canggung, kekok. Dia takut untuk buat solat sunat. Tapi semua perasaan sakit dan suara bingit dalam kepalanya seakan hilang, seiring takbir yang dia angkat.
"Ampunkan aku Ya Allah. Maafkan aku, sebab selalu buruk sangka. Padahal Kau tak pernah tinggalkan hamba Kau yang hina ni.."
Ringan dada Muiz lepas hamburkan tangisan tanpa suara. Dia kehabisan kata- kata. Tak tahu nak doa apa lagi. Dan ketika itulah suara tenang Hamzah terngiang kembali.
"Allah tahu, Muiz. Jangan takut. Dalam hati kita pun Allah dengar."
Mata Muiz pejam rapat. Dia terangguk- angguk. Tapak tangan raup lama pada wajah basahnya. Dia menangis lagi. Allah tahu. Allah tahu.
Dia Maha Mengetahui.
Selang beberapa minit Muiz bersila atas sejadah dan termenung, dia terperanjat dengan bunyi 'kedebuk!' dari arah belakang.
"Sopiah!" Luas mata Muiz buka. Menggagau dia lari dapatkan isterinya di tepi katil. Atas lantai. Piah tergolek dari katil! Dahsyat.
"Hei..Sopiah kenapa ni sayang?"

YOU ARE READING
SOPIAH ISKANDAR [COMPLETE]
General Fiction[BOOK 3] : ii dari [BOOK 1] Menuju gerbang masjid halal, mereka berdua diuji dengan kisah silam. Kisah silam yang datang untuk goyahkan ikatan pertunangan. "Aku minta maaf. Sebab aku bukan Muaz Akasa." -MUIZ ISKANDAR "Aku pun minta maaf. Sebab aku b...