SOPIAH ISKANDAR| 31🧸

1K 82 25
                                    

"Rasulullah SAW bersabda:

إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ ، إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَه

Maksudnya : "Apabila manusia meninggal dunia, terputuslah pahala amalannya kecuali daripada tiga sumber: Sedekah yang berterusan faedahnya, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang berdoa kepadanya."

Suara tenang Hamzah seakan menyapa halus pada halwa pendengarannya. Bersaing angin meniup. Tangan Muiz menyentuh lembut permukaan batu nisan putih itu. 

HAJAH MARYAM BINTI HAJI KARIM
HAJI MALIK MOHAMAD BIN HAJI MURAD

Ibu ayahnya benar-benar sehidup semati, hingga bersemadi pun dalam satu liang lahad. Indah. Walaupun Muiz menanggung azab rindu. Muiz mahu roh ibu dan ayah tenang di sana.

"Bersih kubur ibu ayah. Pokok pun hidup subur."

Terbit senyum kecil di bibir beku Muiz. Suara Piah tak pernah gagal untuk kurangkan sembilu duka dalam jiwanya. Rasa kasih sayang.

"Sopiah nak balik ke?"

Lembut Muiz genggam tangan Piah. Sudah lebih satu jam mereka berdua duduk depan kubur. Selepas hadiahkan baca yaasin, Muiz hanya mahu duduk diam di sini. Ditemani Piah.

"Iskandar? Nak balik mana? Jauh lagi kalau nak drive balik rumah mak. Kesian suami Sopiah, mesti penat."

Enak kepala Piah sandar pada bahu tegap Muiz. Lengan Muiz peluk erat. Muiz ketawa kecil.

"Tengoklah bu..menantu bongsu ibu ni comel tau. Sama macam Iz. Nampak aje garang, tapi tetap anak bongsu. Manja."

Buntang mata Piah. Selamba betul Muiz sembang dengan kubur ibu mentuanya.

"Dulu ibu teringin sangat nak ada anak perempuan. Anak- anak ibu lelaki. Geng ayah."

Redup mata Muiz ketika berbicara. Piah diam memasang telinga. Kagum dengan ketabahan Muiz. Suami manjanya yang sangat kuat.

"Sekarang ibu dah ada dua orang anak perempuan. Kak long baik. Cantik juga. Tapi tak adalah cantik dahsyat macam Sopiah."

Pak!

Lembik Piah tampar lengan Muiz. Matanya buntang lagi. Muiz ketawa suka.

"Apa? Salah ke Iskandar cakap?"

"Memang salah! Gila ke Sopiah lagi cantik dari kak Ma ?! Orang tu punyalah sopan! jelita,"

Bidas Piah dengan serius. Jarinya yang mahu cengkam kulit kaki Muiz ditangkap kemas. Erat.

SOPIAH ISKANDAR [COMPLETE]Where stories live. Discover now