SOPIAH ISKANDAR| 27🧸

1.1K 112 22
                                    

"MUIZ ISKANDAR!"

ktang!

Usai bunyi suara lantang itu, tubuh Muiz bagaikan melayang. Kaku saat dirinya jatuh tertiarap atas lantai. Ada tenaga seseorang yang kuat, sedang cengkam kuat kedua lengan Muiz di belakang badannya.

Entah bagaimana juga parang pendek tadi terbang hingga ke penjuru bilik, Muiz tak pasti.

"Ha.."

Nafas cungap dari mulut keluar. Dia tak boleh bernafas. Air matanya tak berhenti mengalir deras. Otaknya kusut. Keliru. Dadanya berombak ganas.

"Lepaskan dia!"

Suara lantang tadi kedengaran lagi sebelum tubuh Muiz rasa ringan. Muiz kenal suara itu.

"Hei Muiz Iskandar..open your eyes!"

Sesak dada Muiz dengar suara abangnya mengendur. Kepalanya rasa dipangku.

"Muiz Iskandar,"

Seru Muaz dengan mata berkaca. Ditepuk- tepuk pipi adiknya dengan tangan menggeletar. Mahu pasang mata Muiz celik.

"Abang datang, Muiz. Buka mata. Jangan pergi lagi. Jangan tinggalkan abang lagi please.."

Suara Muaz seperti merayu. Berkerut renyuk dahi Muiz. Pergi lagi? Tinggalkan Muaz lagi?

'Pergi mana?' Soalan itu hanya dapat terbit dalam hati. Mata Muiz berat. Dia tak dapat bergerak. Sesak. Sakit. Keliru.

"Abang minta maaf, Muiz. Abang minta maaf."

Walaupun seluruh saraf tubuh Muiz tak berfungsi, dia sempat hamburkan ketawa dalam hati. Seolah terhibur dengar rayuan Muaz.

'Minta maaf sebab dah tipu aku ke?' Soalan demi soalan hadir dalam hati Muiz. Tak mampu keluar dari mulut. Bukan setakat bercakap, buka mata dan bernafas pun Muiz tak mampu.

Sakit.

Muiz tak pasti tubuhnya cedera di bahagian apa. Muiz cuma rasa sakit. Dia tak dapat ingat apa dah jadi. Tak dapat rasa apa- apa selain hanya sakit.

TET! TET!

Seluruh tubuh Muiz bagai tersentak. Sakitnya! Bunyi apa tu?

"One more time!"

Jantung Muiz jadi laju. Dadanya sesak. Suara- suara orang menyapa telinga. Bunyi seolah dia sedang dikerumuni. Mana Muaz?

ZAAP!

Sekali lagi Muiz rasa perit. Perit mencengkam dada. Sesaknya hingga kerongkong. Sakit.

TET! TET! TET! TET!

Bunyi bising dan bingit itu terus mencucuk sistem pendengaran Muiz. Deria baunya seakan mula berfungsi. Muiz dapat hidu dengan jelas.

Ini..bau hospital.

•••

Rasa bahu kanannya disentuh seseorang. Piah panggung kepala. Kekal beriak kosong.

"Dari tadi kau sorang je ke?"

Soal Peah dengan wajah berkerut. Piah angguk kepala. Dah berapa jam dia duduk seorang diri di luar sini. Macam orang gila.

"Muaz tak ada?"

Tanya Yahya pula dengan nada hairan. Piah geleng, buat mulut Peah terus kunci. Peah ambil tempat di sebelah adiknya.

SOPIAH ISKANDAR [COMPLETE]Where stories live. Discover now