SOPIAH ISKANDAR| 41🧸

1.2K 151 40
                                    

Ktak..

Tombol pintu bilik wad dipulas selepas beri salam. Beberapa kali juga Muiz ketuk pintu.

"Assalamualaikum,"

Sapa Muiz bersama senyum manis. Peah juih bibir. Bukan main berseri wajah adik iparnya. Ekor mata mengerling reaksi Piah. Piah buat- buat tak peduli. Ceh. Padahal dah blushing.

"Waalaikumsalam. Sampai pun kau. Lewat lima minit. Aku dah lambat nak dating."

Peah bebel sambil sangkut beg sandang ke bahu. Jengkel hati usyar muka suci Muiz.

"Sorry sis. Jalan jem tadi. Pergilah sekarang. No worries, Muiz tak pergi mana dah."

Pintu bilik dibuka Muiz. Seolah tak sabar nak halau kakak iparnya. Eyy, menyirap Peah tahan carut. Nasib baik muka helok!

"Apa- apa roger aku ngan Yahya,"

Pesan Peah bersalaman dengan Piah. Piah angguk. Tak keluar sepatah apa dari tadi.

"Hehe. Sorry lambat. Abang ada meeting urgent. Tapi dah settle, and cancel. Tak ada apa yang lagi penting dari my Sopiah."

Selamba Muiz selak langsir balkoni. Mata Piah kecil sedikit akibat silau dek sinaran matahari.

"Meeting dekat mana?"

Tanya Piah tanpa nada. Bukan dia tak dengar Sodah bebel pada Muiz pasal kerja ulang- alik.

"Darandele."

Tenang Muiz jawab. Lengan baju kemeja putih dilipat ke siku. Mudahkan kerja mengemas almari baju. Piah tak berkelip. Pergh, kacak!

"Ulang- alik Malaysia ke Darandele? Tak penat ke? Tak membazir?"

"Tak."

Mudah lagi jawapan Muiz. Dia jalan perlahan ke arah katil Piah. Piah pandang tempat lain. Tak mahu kantoi dia usyar lengan Muiz.

"Cuba Sopiah tadah tangan."

Pandangan Piah turun ke tangan Muiz yang mengepal. Seolah mahu letak sesuatu pada tapak tangan Piah. Tak fikir jauh Piah menurut.

Zap!

Buntang mata Piah. Tangannya selamat tenggelam dalam genggaman Muiz. HAH?

"Ini cincin baru kita. Abang ganti. Dulu abang tak sempat ganti pun. Kita nikah gelojoh. Cincin pun cincin biasa, beli dari pekan je."

Sempat bibir Muiz singgah ke jari manis Piah. Piah kaget. Keras kejung seluruh tubuh.

"Pakai please. Selagi Sopiah masih isteri abang, jangan tanggalkan cincin kahwin kita lagi."

Lembut suara Muiz pujuk. Mata Piah tak kalih dari batu cincin barunya. Nampak mahal. Tak sangka Muiz perasan dia tak pakai cincin.

"Boleh tak sayang?"

Redup Muiz lihat wajah kosong Piah. Piah balas pandangannya lama, sebelum angguk.

SOPIAH ISKANDAR [COMPLETE]Where stories live. Discover now