TING TONG!!!
Kuat cengkaman Piah pada lengan Muiz. Tak jadi bercinta. Ada orang datang rumah mereka.
TING TONG!!!
Sekali lagi bunyi loceng rumah kedengaran.
"Weh. Ada orang datang tu!"
Piah cemas apabila Muiz tak bergerak. Kepala lelaki itu masih sandar pada abdomen Piah. Tak mahu berganjak langsung.
TING TONG!!!
"Bangunlah, Muiz."
Ada tanda suara lembut Piah bakal melenting, barulah muka kusut Muiz panggung.
"Amau,"
Rengek Muiz, gedik. Piah jegil mata. Paksa suaminya mengalah. Sosok lembik Muiz akhirnya berundur. Kembali duduk di sofa.
"Siapa agaknya yang datang malam- malam buta dekat rumah pengantin baru!"
Penuh emosi Muiz atur langkah ke pintu. Piah dah lari naik atas. Nak cari tudung agaknya.
Ktak..
"Acu!"
"Pak ngah!"
Riak bengis Muiz mengendur akibat disapa dua suara kecil yang bergabung. Dua tubuh pendek itu ada dalam dukungan Muaz.
"La..Taz dengan Ayang rupanya."
Gembira Muiz tadah tangan. Nak sambut dua- dua sekali. Dasar orang tamak.
"Bukan main marah muka kau. Busy buat apa sampai tiga kali ting tong baru keluar?"
Pedas soalan Muaz. Muiz beri jelingan tajam. Tak pelawa pun abangnya dah menonong masuk.
"Taz, Ayang rindu pak ngah ke?"
Lembut nada Muiz. Erat dan mudah dia angkut anak- anak abangnya yang jejak dua tahun. Namun sekejap saja riaknya kembali dingin.
"Apa?"
Soalnya pada muka sinis Muaz yang bercekak pinggang. Muaz dan Malaika dah masuk ke dapur. Buat macam rumah sendiri.
"Bersepah rumah kau. Tak sempat kemas pinggan mangkuk dah honeymoon ke?"
"DIAMLAH!"
Tempik Muiz dengan marah. Tak ingat agaknya dia tengah bawa anak orang. Malaika berdiri di antara Muaz dan Muiz.
"Akasa. Jangan cari gaduh. Kita yang datang tak kena masa. Dah lewat. Jangan jerit- jerit,"
Tegas suara lembut Malaika. Lengan Muaz dia tampar agak kuat. Puas hati Muiz rasa.
"Yo kak Long! Bang Long,"
Sapa suara Piah ketika menurun tangga. Laju kaki Piah menuju dapur. Segan betul rumah bersepah.
"Damn.."
Muiz tak berkelip tengok isterinya pakai abaya. BAPAK LAWA! Bergetar tulang rusuk. Pertama kali nampak Piah ber-abaya.
"Pak ngah..jangan nganga mulut. Nanti lalat masuk,"
Pesan Mumtaz seraya tepuk lembut pipi hangat pak su. Mayang geleng kepala. Beria betul pak ngah nganga tengok awek cantik.
"Sekejap acu. Sekejap pak ngah. Awak- awak tak boleh pilih ke nak panggil suami saya apa?"
Comel tahap kunyah- kunyah cara Piah menegur Mumtaz dan Mayang. Muiz pula yang teringin nak jadi baby.
"Hehe. Kita ikut acu.."
"Kita ikut pak ngah!"
Jawapan si kembar buat Piah ketawa. Mumtaz sayang sangat dengan pak ngah Mikael dia. Mayang pula lebih pilih pak su jahat Kimi.
YOU ARE READING
SOPIAH ISKANDAR [COMPLETE]
Fiction générale[BOOK 3] : ii dari [BOOK 1] Menuju gerbang masjid halal, mereka berdua diuji dengan kisah silam. Kisah silam yang datang untuk goyahkan ikatan pertunangan. "Aku minta maaf. Sebab aku bukan Muaz Akasa." -MUIZ ISKANDAR "Aku pun minta maaf. Sebab aku b...