Meletup- letup bunyi tulang pinggang Piah sewaktu dia meregang badan. Akhirnya selesai juga kerja yang dia hadap sejak tadi.
"Ceh. Lembik betul kau lepas kahwin eh? Parut kelapa pun dah sakit pinggang,"
Omel Piah sambil kemas lantai lapur. Bersepah segala serpihan tempurung kelapa dan sabutnya.
"Mana laki aku ni? Tak turun- turun. Sakit sangat ke aku pukul tadi?"
Segala perkakas kotor dilempar dalam singki. Lepas subuh tadi, Piah ada melepak di bilik gym bersama Muiz. Seronok dia buli suaminya guna jurusan taekwando dan muay thai.
"Kalau aku tak pujuk nanti merajuk pulak,"
Gumam Piah seraya tanggalkan apron. Cukup kenal perangai Muiz. Adik Muaz yang dulunya sinis, kerek. Sebenarnya budak manja.
Nafas panjang Piah tarik setelah sampai tingkat atas. Kedua tangan bercekak di pinggang. Fuh! Dah kenapa mengah sangat? Naik tangga setakat tiga tingkat je. Bukan tiga belas tingkat!
"Abang?"
Kepala Piah jegul ke dalam bilik gym. Sunyi sepi. Tak ada kelibat Muiz atas sofa.
"Sayang?"
Kali ini Piah melaung guna suara tinggi. Mana pula laki aku pergi? Merajuk ke mana?
Baru sedikit Piah pusing membelakangkan bilik gym, telinganya dapat tangkap bunyi esakan seorang lelaki. Esakan yang dia amat kenali.
"Muiz?"
Laju Piah langkah masuk dalam gym. Mengejar tangisan kecil suaminya itu. Besar matanya jatuh pada tubuh Muiz yang mengerekot atas lantai. Muiz ada di bilik persalinan gym.
"Hei..sayang.."
Berhati- hati Piah sentuh lengan Muiz. Tak sedap jantung melihat wajah basah suaminya. Rapat Piah bertinggung, dapat dia rasa bahang badan Muiz. Macam demam. Mata Muiz pejam rapat.
"Sayang, bangun sayang."
Lembut Piah goncang bahu Muiz. Sakit ulu hati dengar esakan Muiz. Muiz dapat nightmare lagi ke? Mata Piah terkebil- kebil. Tahan nangis.
"Sayang."
Keras kali ini. Kepala Muiz dipangku. Tapak tangan Piah mengelap wajah basah Muiz. Dah bercampur antara peluh dingin dan air mata.
"Hmm?"
Lega nafas Piah atur tatkala mata merah Muiz celik sedikit. Gigi mengetap kuat.
"Kenapa Muiz tidur atas lantai? Orang risau tau tak? Sofa ada, katil ada nak juga—HMPFP!!"
Tergolek tubuh Piah. Sekelip mata dia tenggelam dalam dakapan erat Muiz. Berguling macam drama hindustan sampai ke penjuru bilik.
"A-abang kenapa?"
Berdebar jantung Piah. Dadanya berombak tak tenteram. Berat tubuh Muiz menindih dia dalam pelukan. Langsung tak bergerak.
"Abang? Abang sakit ke?"
Risau Piah rasa bahang badan Muiz. Kedua tangan tak dapat keluar dari kepungan Muiz. Badan Muiz benar-benar menghempapnya!
"Muiz janganlah diam—"
"Abang mimpi ibu,"
Adu Muiz seraya ketatkan pelukan pada Piah. Piah buntang. Suara serak Muiz sangat sedih. Berdenyut sakit tangkai hati Piah dengar.
"Abang rindu ibu."
Bergegar badan Piah ikut Muiz hambur esakan. Tak ada malu- malu Muiz nangis. Basah lapisan baju di bahu Piah meresap air matanya.
YOU ARE READING
SOPIAH ISKANDAR [COMPLETE]
General Fiction[BOOK 3] : ii dari [BOOK 1] Menuju gerbang masjid halal, mereka berdua diuji dengan kisah silam. Kisah silam yang datang untuk goyahkan ikatan pertunangan. "Aku minta maaf. Sebab aku bukan Muaz Akasa." -MUIZ ISKANDAR "Aku pun minta maaf. Sebab aku b...