Bau laut.
Bau yang menenangkan. Tidak mengapa. Walau lautan mereka berbeza, langitnya tetap sama.
Lautan Darandele jadi saksi Muiz Iskandar berulang alik. Sudah sebulan lamanya dia jadi chef rahsia Piah. Tak jemu langsung Muiz mengejar masa. Dia sudah pandai hidup sendiri. Dah belajar aturkan masa, kawal emosi.
Muiz sudah tidak gila.
Antara kerja di Darandele, temu janji terapi dengan Akhyar, balik Malaysia. Sibuk. Muiz tak ada masa untuk nangis dan gila lagi.
Muiz rasa Muiz dah sihat.
"Haih.."
Muiz celup kaki. Berjalan sedikit dalam, hingga air laut jadi separas lutut. Ini tempat dia selalu berkejaran dengan Piah. Dulu.
"Aduh. Sedih betul."
Kepala Muiz geleng. Mujur tak rasa mahu nangis. Setiap ruang dalam rumahnya dipenuhi bayang Piah. Bau Piah. Ketawa Piah.
"Kuat, Muiz. Kau kena kuat."
Kaki Muiz berhenti menapak. Tarik nafas dalam- dalam seraya pejam mata. Ikut teknik yang Yayar ajar. Bertenang. Jangan overthinking. Jangan takut. Allah ada.
Seketika, secara tiba- tiba muka doktor Reski dan Khaled terpampang dalam memori Muiz. Muiz celik mata. Terkebil kebil beberapa kali.
"Ptffff!"
Tawa Muiz hambur. Dia ketawa perlahan, berbunyi sarkastik campur sinis. Herot senyumnya meleret.
"Nak berebut Sopiah aku? Silakan."
Dia tergeleng- geleng sambil gelak jahat. Marah? Tak. Muiz dah tak ada masa nak marah dan baran untuk hal begitu. Jiwa raganya sekarang hanya tertumpu pada diri sendiri.
"Sopiah tetap isteri aku. Selagi DIA izinkan, aku takkan lepaskan kau, Sopiah."
Nekad suara dingin Muiz. Tenangnya sekarang tanpa dendam. Dah tiba masa untuk Muiz move on dari cerita lama.
"Alhamdulillah."
Sekarang, Muiz hanya peduli pada tuhan dan isterinya saja. Titik! Sejak Muiz tak hiraukan manusia lain, dia kembali tenang.
Berlapang dada dan berdamai dengan takdir? Itu perkara yang paling mustahil. Terpaling susah untuk seorang manusia tunaikan.
"Tapi kita boleh cuba."
Muiz senyum. Tak sedar dia angguk. Baru sedar kekhilafan diri. Selama ini, Muiz belum pernah cuba bersungguh. Hanya tahu marahkan takdir, dah berselindung di belakang gilanya.
Hanya Piah yang bersungguh menjaga Muiz. Piah yang berusaha bantu Muiz keluar dari cerita gelapnya. Piah tak pernah mengeluh.
"Patutlah dia penat."
Memang patut Piah penat. Muiz pun penat. Siapa tak penat hadap suami sewel? Muiz garu kepala. Harap- harap dia tak terlambat.
"Tolong aku, Ya Allah. Aku nak tebus semua salah aku, dosa aku pada Sopiah."
Lembut deruan angin laut menyapa. Muiz senyum nipis. Tenang. Walaupun ada sedikit gusar dan ragu, Muiz kena teguhkan hati.
"Percaya DIA. Kita cuba, usaha, kita rancang macam- macam. Tapi DIA yang tentukan segalanya. Semua isi dunia, milik DIA."
Milik tuhan. Dua patah itu yang manusia selalu terlupa. Contoh terbesarnya adalah Muiz. Muiz lupa. Tak pernah ingat. Sopiah juga milik Allah. Hati Sopiah, DIA yang pegang.
"Jangan lebihkan makhlukNYA dari DIA."
Bagai ditampar kepala Muiz. Walau dah banyak kali dengar ayat itu, Muiz masih rasa sakit.
YOU ARE READING
SOPIAH ISKANDAR [COMPLETE]
Ficción General[BOOK 3] : ii dari [BOOK 1] Menuju gerbang masjid halal, mereka berdua diuji dengan kisah silam. Kisah silam yang datang untuk goyahkan ikatan pertunangan. "Aku minta maaf. Sebab aku bukan Muaz Akasa." -MUIZ ISKANDAR "Aku pun minta maaf. Sebab aku b...