SOPIAH ISKANDAR| 34🧸

1K 114 47
                                    

SREEEEETTTKKRRRTT!

Tak sempat elak.

Lori putih itu kelihatan sangat laju. Seakan hilang kawalan menuju arah kami. Aku pun keliru. Mana datangnya kenderaan besar tu?
Dia menyorok dari dalam klinik? Logik ke?

Adakah kemalangan ini sudah dirancang? Sebab yang sama untuk Hamzah dan berpuluh orang bodyguard Royal Malik sudah bersedia?

Sentak. Aku dapat rasa genggaman tangan Muiz semakin erat. Dia langsung tak lepaskan aku. Langsung tak bergerak. Aku tahu rasa ni. Kaku.

Dia seolah dah sedia untuk mati bersama aku.

Kedua pasang kaki kami seolah tergam elok atas jalan. Pegun. Aku nampak Hamzah berlari ke arah kami. Tapi aku tak ada pilihan lain.

Aku...bodyguard halal Muiz Iskandar.

Tak fikir lagi, refleks aku adalah untuk selamatkan Iskandar. Ya, suami aku sendiri. Dia lebih penting dari nyawa aku. Dialah nyawa aku.

Sekuat hati aku rentap tangan aku dari genggamannya. Riaknya berubah keruh. Seakan tahu apa yang aku mahu lakukan.

Sorry, sayangku Iskandar.

BUK!

Tinggi lutut aku naik menendang sisi badan Muiz. Aku guna semua tenaga aku, hingga tubuh tubuh tegap itu tergolek ke sana. Berjaya.

"AAARKKH!"

Itu erangan terakhir dari si dia, sebelum aku rasa badan aku melayang. Sesak dada aku seperti dihimpit benda berat. Kesakitaan dahyat mula mengalir laju dari pinggang hingga hujung kaki sebelum seluruh tubuh aku mengebas hebat.

Tap..tap..

Aku sedar, aku dah titiskan air mata sewaktu aku pejamkan mata. Tak apa, Sopiah. Iskandar dah selamat. Aku tahu dia selamat.

-

-

TET! TET! TET! TET!

-

-

TET! TET! TET! TET!

-

-

TET! TET! TET! TET!

"BISING LAH!!"

Terhinjut bahunya. Belum sempat buka kelopak mata dah kena jerkah. Ugh. Berat cubaan dia celikkan mata. Sakit. Apa dah jadi?

"KHAI, RAN. DRA."

Terus luas matanya. Meremang bulu roma bila disapa satu suara garau. Berbunyi dingin dan hampir. Terlalu hampir di sebelah telinganya.

Gulp.

"Kau bangun dulu sebelum Sopiah aku. Memang tak reti malu."

Lelaki bertopeng tengkorak itu buat Khairandra cemas. Khairandra masih belum dapat loading. Entah dia ada di mana atau diculik siapa..

"Siapa—"

BUK!

Kebas pipi kanan Khairandra menerima habuan, tumbukan sulung dari si lelaki. Seisi dunia seakan berpusing hebat. Sakit tak main- main.

SOPIAH ISKANDAR [COMPLETE]Where stories live. Discover now