"Jangan laju sangat, Sopiah."
Tegas sedikit suara Muiz. Pening kepala nak kejar si isteri. Pakai tongkat pun berlari. Nak marah, tapi kena sabar.
"Kemonlah sayangku Iskandar! Awak jalan slow sangat. Orang semangat ni!"
Degil Piah atur langkah. Makin kuat bunyi tongkat bertemu lantai, ikut kelajuannya. Muiz terpaksa berlari anak untuk kejar sosok Piah.
"First time nak fisio! Exited! Orang nak belajar jalan. Esok lusa—AARGH!"
Jeritan kasar Piah terkeluar. Melambung ke belakang tubuhnya tatkala dia terlanggar satu sosok besar di hadapan.
"Degil."
Tak buka mata pun Piah dapat agak raut dingin Muiz. Sekejap saja tubuhnya dah digendong ringan. Mudah. Rasa selamat. Fuh! Mujur kaki Piah tak rasa sakit.
"Err..sorry puan, tuan. Saya khusyuk sangat hadap telefon sampai terlanggar orang."
Doktor Matteo sengih janggal. Tak lama kemudian senyumannya segera mati. Baru perasan renungan tajam Muiz.
"Oh. Tak apa. Saya yang jalan laju sangat. Padahal tempang! Haha!"
Makin cuak Matteo rasa bila Piah ketawa begitu. Puan Sopiah tak perasan ke riak dingin suami dia? Macam samseng jalanan!
"Saya minta maaf sekali lagi puan, tuan. Saya minta diri dulu ya."
Tergesa- gesa doktor muda itu meminta diri. Piah jongket kening. Sampai ke belakang Piah toleh gerak geri Matteo.
"Kenapa dia tak kawan kita?"
Selesa lengan Piah melingkar ke leher Muiz. Muiz angkat bahu. Buat tak tahu. Kedua tongkat Piah dipegang hanya dengan satu tangan kiri. Tangan kanan pula memegang badan Piah.
"Hm? Iskandar marah ke?"
Tak takut Piah tarik pipi ketat Muiz. Muiz hela nafas berat. Perlahan dia ukir senyum nipis.
"Ya, marah. Iskandar risaulah, sayang. Kalau jatuh tadi macam mana? Sopiah baru nak sihat. Kalau Iskandar tak sempat tangkap tadi, Sopiah dah jatuh tersungkur tau tak?"
Panjang Muiz bebel. Suara tak puas hati. Piah sengih tak bersalah. Suka! Marah pun soft spoken. Tak ada tengking- tengking lagi.
"Kenapa senyum? Iskandar tengah marah—"
CUP!
Aik? Begitu saja Muiz hilang kata dan arah. Bagai kena kejutan elektrik dia berdiri tengah jalan.
"Huh?? Apa tu?"
"Kiss. Tanda sorry. Sopiah tau Sopiah salah. Iskandar marah Sopiah lagi ke?"
Bulat mata Piah tenung Muiz. Sengaja merapat. Biar suaminya sesak nafas. Kecomelan attack!
"Main tipu. Kalini je Iskandar bagi chance. Lain kali Iskandar nak merajuk,"
Tegas Muiz seraya sambung langkah. Piah ketawa gedik. Sukanya! Suami kita lelaki tenang. Dah tak baran. Dah comel.
"Lain kali dengar cakap Iskandar."
Dengan senyuman manis Piah angguk kepala. Mahu tak mahu, Piah kena belajar balik dengar cakap suami. Suami dah jadi soleh.
_________
"Perkembangan tulang kaki Puan Sopiah setakat hari ini positif."
Kata- kata Doktor Naila undang senyuman lebar Piah dan Muiz. Hampir saja Piah melompat untuk bersorak. Yess! Positif!
YOU ARE READING
SOPIAH ISKANDAR [COMPLETE]
Fiction générale[BOOK 3] : ii dari [BOOK 1] Menuju gerbang masjid halal, mereka berdua diuji dengan kisah silam. Kisah silam yang datang untuk goyahkan ikatan pertunangan. "Aku minta maaf. Sebab aku bukan Muaz Akasa." -MUIZ ISKANDAR "Aku pun minta maaf. Sebab aku b...