Pejam celik, pejam celik, cerita Sopiah Iskandar dah tamat. Eh? Apa benda aku merepek ni? Salah dialog! Hish, jom kita start balik dari awal.
Pejam celik, pejam celik, lagi lima hari saja kami bakal menyambut bulan syawal. Selamat Hari Raya Aidilfitri gais! Entah lambat, atau awal sangat dari dunia nyata pun Piah tak tahu.
Ha..Piah mula nak merepek lagi. Dari semalam Piah dah rasa pelik. Mengikut jadual, sepatutnya dia dah boleh ponteng puasa cara halal semalam! Tapi jadi musykil pula bila Piah masih belum datang bulan. Sihat walafiat untuk berpuasa.
Jeng! Jeng! Jeng!
Jangan yakin sangat. Piah takut kecewa. Sedih kecundang kalau belum ada rezeki. Haih. Sedikit sebanyak kejadian dulu, terimbas kembali. Sakit. Piah tak mahu rasa sakit begitu lagi.
Ya. Piah takut sakit. Tapi Piah lagi takut untuk sakitkan Muiz sekali lagi. Entah apa nasib Muiz dapat isteri pelik macam dia.
Tapi tak mengapalah. Dah jodoh. Piah sepadan dengan Muiz. CUMA Piah seorang isteri Muiz Iskandar. Dan Piah juga dah buat persediaan untuk bertukar jadi raksasa hijau kalau- kalau ada wanita lain mahu jadi madu dia.
Piah masih mahu jaga Muiz. Muiz miliknya. Muiz suami Piah yang dikirimankan tuhan. Hanya Iskandar untuk Sopiah, dan begitu juga sebaliknya. Cuma Sopiah untuk Iskandar.
"Puan Sopiah."
Sentak. Piah berpandangan dengan Peah. Sudah tentu Peah sentiasa ada menemaninya. Perlahan Peah dorong kerusi roda adiknya ke arah bilik doktor. Woi, menggeletar seluruh badan Piah.
"Good luck,"
Bisik Peah seraya tinggalkan Piah dalam bilik tersebut. Piah buntang. Peah mungkir janji sekali lagi! Dasar kakak durjana! Tadi dah janji nak temankan orang! Dasar munafik.
"Puan Sopiah dah lewat datang bulan kan?"
Tertelan liur Piah angguk. Seram dia usyar mata doktor muda itu. Eyeliner tajam. Ngeri sungguh gaya Ary menulis dan menjeling Piah.
Tak guna punya Peah. Berbakul Piah keji isteri Yahya dalam hati. Kejam betul tinggalkan adik dengan doktor garang, diva begini.
"Puan dah kahwin kan? Suami puan hidup lagi ke tidak? Kenapa dia tak teman puan?"
Nadanya begitu tegas. Aura wanita yang suka melawan ego lelaki. Piah ukir senyum.
"Ya, dah kahwin. Suami hidup lagi. Saya datang dengan kakak sebab suami saya kerja."
Ary terangguk- angguk. Keningnya mula tegak dari terus bercantum dan berkerut dahi. Tak lama lepas dia belek kertas atas meja itu, bibir merahnya mengukir senyum lebar.
"Tahniah, puan. Hasil pemeriksaan air kecil puan tadi. Puan disahkan hamil dua bulan."
Melopong mulut Piah. DUA BULAN?! Dah dua bulan dia—EH JAP!
"Saya pregnant? Mengandung? Dua bulan?"
Tiga soalan Piah asak doktor bertag nama Ary itu. Doktor Ary senyum manis sebelum angguk. Hilang raut jahatnya tadi. Rupanya sangat cantik kalau dia tersenyum. Aura girl's girl.
"Ya puan. Tahniah. Untuk trimester pertama, iaitu tiga bulan pertama, puan kena berhati- hati. Sebab saya tengok rekod, puan pernah ada miscarriage disebabkan kemalangan kan?"
Perlahan Piah angguk kepala. Shaking teruk kedua tangannya. Otaknya jadi blank.
"Puan jangan risau, saya akan bagi vitamin dan ubat yang sepatutnya. Dua bulan kandungan dah hampir cukup 'kuat'. Sekarang puan boleh baring atas katil untuk prosedur scan kandungan. Kita boleh tengok sama- sama."
YOU ARE READING
SOPIAH ISKANDAR [COMPLETE]
Fiction générale[BOOK 3] : ii dari [BOOK 1] Menuju gerbang masjid halal, mereka berdua diuji dengan kisah silam. Kisah silam yang datang untuk goyahkan ikatan pertunangan. "Aku minta maaf. Sebab aku bukan Muaz Akasa." -MUIZ ISKANDAR "Aku pun minta maaf. Sebab aku b...