"Undangan dari Tengku Darius?"
Tak ada intonasi nada soalan Muiz. Piah yang sedang leka berselfie dia jeling lembut. Comel.
"Diorang buka syarikat baru dekat Darandele. Kalau Muiz dengan Piah nak pergi, abang ngan kak long pun pergi. Kalau korang tak pergi, then kita satu family tak payah pergi."
Begitu pula kata putus Muaz. Muiz picit batang hidung. Dia tak selesa. Tak suka.
"Jangan paksa diri. Dekat sana nanti ramai media. Muiz mesti tak suka. Abang boleh hantar bapak Akhyar jadi wakil Royal Malik."
Aik? Muaz cuba pujuk Muiz ke? Hm..
"Muiz nak pergi,"
Ujar Muiz setelah mengambil nafas agak lama. Selamba sidai Muaz di hujung talian. Terdengar sepi tanpa sahutan. Muaz pasti kaget.
"Muiz tak nak orang kata Muiz sakit."
Bukan Muiz tak tahu. Khabar angin memang cepat tersebar. Ada pula mulut busuk yang mengata Muiz sakit tenat. Sakit mati pucuk.. sakit kena sihir. Tch..semua karut!
"Ok then. Get ready, nanti abang settlekan outfit Muiz dengan Piah. Banyakkan bertenang,"
Pesan Muaz dengan lembut. Tak sedar Muiz angguk kepala.
"Thank you."
Lalu panggilan ditamatkan. Pusing saja belakang, satu perasaan gabra mula cucuk ulu hati Muiz. Tak keruan langkahnya apabila sosok Piah dah hilang. Tiada di pinggiran pantai.
"SOPIAH!!"
Jerkah Muiz sekuat hati. Tak peduli orang ramai terkejut atau menjelingnya. Dada Muiz berat. Berlari dia ke arah kereta. Dah malam kut! Takkan Piah berani tinggalkan Muiz?
"SOPIAH!!"
Pekik Muiz lagi ketika hempas pintu kereta. Makanan yang Piah borong masih ada. Kusut Muiz tarik rambut. Matanya kabur dek air mata. Cungap mulutnya akibat cari nafas.
Berkali jarinya dail telefon Piah. Seluruh tubuh Muiz menggigil tak tentu hala. Menggila.
Tak berhenti kaki panjang Muiz jalan tanpa hala tuju. Semua kedai kecil, kedai serbaneka dan kedai buah tangan diceroboh dengan riak bengis.
Jagalah kalau aku jumpa kau, Sopiah! Jiwa Muiz berteriak marah. Ya dia marahkan Sopiah yang mahu tinggalkan dirinya. Kalau jumpa, pasti Muiz akan hukum isterinya itu.
"SOPIAH!!"
Laungan Muiz kian bergema. Menakutkan orang ramai. Walaupun mukanya kacak, gaya Muiz tak ubah seperti orang gila. Orang tak waras. Pakai pun baju overall pink. kelakar.
"Ini tandas perempuan,"
Tegur seorang cleaner wanita apabila Muiz berura meluru masuk ke situ. Muiz berdecit kuat. Sedaya upaya dia tarik nafas bertenang.
"A-ada nampak perempuan muda, cantik. Pakai kain pink masuk sini tak?"
Penuh getaran suara Muiz. Semua perasaan bercampur baur. Wanita cleaner itu terdiam. Dahinya berkerut sedikit.
"Pakai jaket jeans? Bertudung?"
Luas nak terkeluar biji mata Muiz. Dihangguk kepalanya bagai nak patah leher.
"YA!"
Nyaris- nyaris Muiz terkam mak cik tersebut. Rasa nak cekik! Nak paksa dia bercakap.
"Tadi dia ada masuk tandas. Katanya pening kepala. Pastu ada suami dia ambil—"
YOU ARE READING
SOPIAH ISKANDAR [COMPLETE]
General Fiction[BOOK 3] : ii dari [BOOK 1] Menuju gerbang masjid halal, mereka berdua diuji dengan kisah silam. Kisah silam yang datang untuk goyahkan ikatan pertunangan. "Aku minta maaf. Sebab aku bukan Muaz Akasa." -MUIZ ISKANDAR "Aku pun minta maaf. Sebab aku b...