SOPIAH ISKANDAR| 16🧸

1.2K 123 41
                                    

Troli belanja dapur ditolak perlahan. Takkan Piah nak rempit pula? Dia baru keluar hospital semalam. Tak memasal termasuk wad lagi.

Dum!

Buntang terjojol biji mata Piah. Kaget! Belum sempat brek mengejut, dah terlanggar batang tubuh seorang lelaki.

"Piah?"

Lagi tambah terkejut Piah lihat gerangan lelaki tersebut. Kaled. Kaled senyum manis. Tahan troli berat Piah dengan satu tangan.

"Are you okay, Piah? Kenapa tolak troli berat sendiri? Suami kau mana?"

Bertalu soalan tak malu Kaled. Piah cengkam pemegang troli. Dia tahu maksud pandangan mata Kaled.

"Kau buat apa dekat Darandele? Husband kau ada dekat sini ke?"

Lagi soalan Kaled. Piah angguk. Mula bosan. Bosan dengan keprihatinan lelaki itu. Dari Malaysia sampai Darandele asyik terjumpa.

Stres. Menyemak.

"Muka kau kenapa??"

Cepat kepala Piah mengelak. Membengis riak Piah bila tangan Kaled cuba sentuh pipinya.

"Kau gila ke? Suka hati nak sentuh orang! Kau fikir aku bawang timbang kilo ke huh?"

Keras suara Piah. Dia ambil terung panjang dari dalam troli. Mangacu ke wajah Kaled. Gaya nak libas kepala Kaled. Berubah keruh raut Kaled.

"Kenapa nak marah? Aku cuma tanya je! Kau boleh percaya aku, Piah. Aku kawan kau. Mesti suami kau selalu pukul, dera kau kan??"

Tuduh Kaled, semakin berani. Piah bungkam. Mendidih darah dalam kepala akibat marah.

"Aku tengok pun tahu. Dia lelaki dayus, Piah. Dia bukan lelaki baik untuk kau!"

Penuh perasaan Kaled berkata. Troli sarat Piah ditolak sedikit. Seakan amaran untuk wanita itu dengar suara hatinya.

Lidah Piah tunjal dinding pipi. Marah. Kalau sekarang mereka ada di kampung, dah lunyai kepala Kaled makan terung di tangannya.

"Jangan bodoh, Kaled. Jangan buat fitnah menuduh orang. Suami aku bukan lelaki dayus. Suami aku tak hina, bodoh, bebal macam kau,"

Balas Piah. Bersama mata tajam. Merah matanya akibat tahan marah. Tapi Kaled salah faham. Dia fikirkan Piah mahu nangis akibat masalah rumah tangganya.

"Piah..jangan takut! Aku ada! Aku boleh protect kau dari suami dayus kau tu. Bagitau aku—"

"Protect?"

Mencemik jijik muka Piah. Nak muntah. Benar- benar tak boleh hadap lelaki loser begini. Hero rempit tak boleh pakai.

"Aku lagi kuat dari kau, Kaled. Aku tau jaga diri sendiri. And aku ulang lagi sekali..Suami aku tak dayus. Ini last warning! kau cakap pasal suami aku lagi, aku buat kau mati pucuk!"

Keras ugutan Piah tak main- main. Piah patahkan terung panjang di tangannya, sambil mata tak lepas dari muka pucat Kaled. Ganas.

SOPIAH ISKANDAR [COMPLETE]Where stories live. Discover now