SOPIAH ISKANDAR| 28🧸

1.3K 107 52
                                    

"Assalamualaikum."

Teguran seseorang buat dia sedar dari lamunan. Namun Muaz tak ada nafsu untuk keluarkan suara. Dia hanya jawab salam itu di dalam hati.

Waalaikumsalam.

"Doktor kata Muiz dah stabil."

Tanpa menoleh pun Muaz dapat agak, tubuh panjang Davies mengambil tempat duduk di bangku sebelahnya. Tak malu betul.

"Dia sihat sebab wife dia ada,"

Tambah Davies lagi. Secara spontan buat Muaz menoleh.

"Adik ipar Mukasa kuat."

Bahu Davies melaga bahu Muaz. Muaz sekadar menjeling. Masih tak mahu bercakap apa.

"Mukasa marahkan Silva lagi ya? Sebab dia terajang Muiz?"

Tenang Davies ungkit cerita minggu lepas. Kejadian Muaz, Davies dan Silva jadi saksi Muiz hayun parang pada Raidel. Muaz mendengus.

"Aku..tak tahu nak buat apa."

Bosan Muaz angkat bahu. Dah tak tahu cara nak pujuk Muiz. Buntu. Muiz bencikan Muaz. Muiz sudah tak percayakan Muaz Akasa lagi.

"Haih.."

Pagi tadi pun Muiz membengis. Menjerit mengamuk bila nampak kelibat Muaz mahu melawat dia di dalam bilik wad.

"Muiz fikir aku tipu dia. Padahal aku cuma nak jaga dia. Aku cuba..apa yang aku boleh buat,"

Keluh Muaz bersama riak hambar. Davies tak menjawab. Bagi ruang Muaz meluah. Bukan selalu. Muaz tak pernah buat deeptalk dengan makhluk lain selain isterinya, Puan Bulan.

"Tch. Aku bodoh. Aku tak dapat jaga Muiz. Dari dulu aku tak dapat jaga orang yang aku sayang."

Tubuh Muaz menunduk. Genggam rambut sendiri. Frust.

"Aku tak dapat bertenang. Tak dapat tidur malam. Aku tak boleh balik jumpa Atma aku, kalau aku sendiri dah jadi gila."

Akhirnya terluah juga masalah yang Muaz pendam sejak beberapa bulan ini. Dia takut. Risau dan gusar kalau dirinya sendiri kembali tersasar ke lembah kegelapan.

Muaz kembali bermimpi buruk. Muaz kembali dihantui cerita lama Atma Akasa.

"Boleh saya tanya sikit?"

Kening Muiz naik. Seolah beri 'lampu hijau' untuk Davies teruskan bertanya.

"Mukasa selalu jadi imam surau kan?"

Kecut sikit jiwa Muaz mengangguk. Rasa tak sedap hati kalau Davies senyum. Ada gaya abang ustaz. Nampak sangat aura senior Hamzah.

"Bila last time Mukasa jadi 'selalu' tu?"

Soal Davies bersama senyuman lebar. Muaz diam. Terdiam agak lama. Tak mengerti.

"Mukasa dah berapa lama tak solat berjemaah untuk solat fardhu? Selain solat jumaat?"

Hilang darah pada wajah Muaz. Pucat lesi. Seluruh tubuh rasa terancam melihat bibir merah jambu Davies menyeret senyum kecil.

SOPIAH ISKANDAR [COMPLETE]Where stories live. Discover now