SOPIAH ISKANDAR| 49🧸

1.1K 120 83
                                    

(Vote untuk chapter panjang ni😏🫵🏼)

Ktak..

Laju Piah menoleh pintu, dan ketika mata mereka bertemu, bahu Piah jatuh. Hampa. Itu bukan gerangan yang dia tunggu.

"Piah tunggu Muiz ke?"

Soalan Khamis dibiar sepi. Piah kembali menekur balang kuih tart coklatnya. Habis separuh bekas dia telan seorang.

"Muiz cakap lepas subuh agaknya baru dia balik. Dia duduk masjid dengan Hamzah—"

"LEPAS SUBUH?!"

Naik seoktaf nada Piah. Bergegar bahu Khamis akibat kaget. Aduhai, anak! Perangai tak pernah nak semenggah.

"Ya. Muiz nak tadarus, qiamullail sekali. Hamzah, doktor dua orang tu dengan Raidel pun ada join. Suka bapak tengok geng diorang. Muka hensem stok ahli syurga gitu."

Khamis labuhkan duduk di kerusi hadapan Piah. Merenung tak lepas riak keruh anaknya.

"Piah gaduh dengan Muiz eh?"

Teka Khamis seraya tarik balang kuih Piah. Selera betul Piah melantak. Bagus sangat. Memang cita- cita Muiz nak isteri gemuk.

"Peah ada bagitau bapak kan?"

Balas Piah, datar. Dapat agak Peah mungkir janji. Pasti dia dah canang cerita bodoh adik sendiri pada mak dan bapak mereka.

"Cerita yang mana satu?"

Soalan masih berbalik soalan. Sengaja Khamis main tarik tali. Menyakat anaknya.

"Malaslah orang nak cakap. Orang nak tidur."

Kasar Piah tolak kerusinya menjauh dari meja makan. Teguh dia melompat guna satu kaki untuk capai tongkat. Gaya tunjuk sihat.

"Kenapa ikut orang?"

Janggal Piah soal. Hairan bila Khamis ikut naik lif. Siap bawa balang kuih tart lagi. Khamis sengih, geleng kepala sambil mengunyah.

"Nak jaga anak sendiri. Tak boleh ke?"

Dengusan Piah kedengaran perlahan. Sakit hati dengar jawapan bentuk soalan Khamis. Tak pernah nak jadi serius. Dah tua pun badut.

"Cuba Piah duduk sini sekejap. Bapak nak sembang dengan Piah."

Mata Piah jatuh ke lengan baju yang ditarik Khamis. Khamis tunjuk ke arah sofa ruang tamu tingkat atas. Berdekatan bilik Piah. Tak jawab apa- apa, Piah menurut.

"Sembang pasal apa?"

Soal Piah setelah duduk. Tongkat diletak ke tepi. Kening Khamis bercantum. Perangai anaknya memang menurun Saodah. Tak rileks kalau tengah marah. Tak ada kiasan langsung.

"Kenapa Piah nak cari honey?"

Tanya Khamis setelah diam buat beberapa saat. Piah bungkam. Bukan sebab soalan itu. Tapi kerana pandangan serius Khamis.

"Honey. Madu. Bini baru Muiz. Kenapa Piah nak cari isteri untuk suami sendiri?"

Bertubi soalan Khamis dengan lebih jelas.

"S-sebab—"

"Sebab Piah dah confident sangat? Konon- kononnya Muiz sayang Piah gila babi sampai nak dengar semua cakap Piah? Piah confident sangat ke Muiz boleh adil? Boleh tambah isteri?"

Lagi Khamis menggasak Piah. Piah sentap. Gigi mengetap tahan nangis.

"Piah tak sayang suami ke?"

"Sebab orang sayang suamilah orang suruh dia kahwin lain!"

SOPIAH ISKANDAR [COMPLETE]Where stories live. Discover now