SOPIAH ISKANDAR| 15🧸

1.3K 111 17
                                    

"Haih.."

Keluhan kecil pertama, lepas dari mulut Piah. Tak bermaya dia tenung siling putih. Siling bilik asing. Dah lima minit dia sedar dari pengsan.

Dadanya masih rasa ketat. Ini kali kedua Piah pengsan sebab asma. Teruk juga. Sejak darjah dua dia tak pernah diserang asma. Cuma waktu kecil saja selalu kena.

Penyakit keturunan dari arwah datuknya.

Lebih lima minit juga Piah tak nampak bayang sesiapa jadi penjaga dirinya. Takkanlah Peah campak Piah sesorang dekat hospital?

Mengingat soal keluarganya, Piah kepal tangan. Tak tahu nak cakap apa pada mak, bapaknya, Peah, dan Muaz jika mereka tanya pasal Muiz.

"Aku yang salah ke? Aku ada triggerkan trauma dia ke?"

Soalan itu terdetik sendiri. Piah berdesis sakit. Perlahan dia sentuh pipi kiri. Bertampal. Bengkak.

Pertama kali dalam sejarah hidup Piah kena tamparan lelaki gagah. Selalu dia lawan Mika tak adalah kena teruk. Kimi pun tak pernah tampar Piah..

"Let me in!"

Buntang mata Piah. Sayup- sayup suara tinggi Muiz kedengaran di luar. Mak aii. Belum jadi comel lagi ke Muiz dia? Masih jahat?

Mata Piah pejam rapat- rapat. Kencang dada dengar pintu bilik dikunci. Alamak! Alamak! Meremang Piah akibat tacod suami sendiri.

Kerusi tepi katil Muiz tarik. Punggungnya henyak lemah di situ. Tak lepas anak mata dari wajah bertampal Piah.

"I'm so sorry, angel."

Kejang perut Piah. Dapat rasa lingkaran tangan Muiz erat memeluknya. Aduhai..

"Tsk..aku bodoh. Aku minta maaf."

Tangisan Muiz menyapa keheningan bilik. Piah ketap gigi. Tak nak buka mata. Keraskan hati agar tak termakan kata pujuk Muiz.

"I..I don't know what to do, Sopiah. Aku dah gila. Aku takut dia sampai aku sakitkan kau."

Berkali Muiz kucup tangan hangat Piah. Piah mencarut dalam hati. Dia! Dia! Dia! Celaka punya perempuan sihir.

"Abang salah. Abang lelaki dayus."

Cair terus jiwa Piah yang baru nak beku. Sebak menggunung tatkala bahasa dan nada Muiz bertukar lembut. Aduhh...

"K-kalau abang..kalau abang tahu abang sakit macam orang gila. Abang takkan ikat Sopiah.."

Kuat tangisan Muiz merobek hati Piah. Piah tahan air mata. Masih tak mahu buka mata.

"Abang minta maaf. Sebab abang dah sayang sangat pada Sopiah. Abang tak boleh lepaskan Sopiah. Tapi.."

Bicara Muiz tersekat. Air mata tak henti berlinangan ketika cakap seorang diri. Memang benar- benar gaya orang gila.

"Tapi kalau Sopiah nak abang lepaskan Sopiah, abang—"

"Tak nak,"

Cantas Piah, datar. Kuat dia balas genggam tangan Muiz. Muiz kedu. Sampai tersedu.

"Abang tak gila. Abang cuma sakit sikit. Piah tak nak berambus. Piah dah janji tak tinggalkan suami Piah."

Piah seka wajah basah Muiz dengan tapak tangan. Muiz tak henti nangis. Malah makin teruk dia sebik. Nangis sedu sedan.

"Bukan sikit, Sopiah. Abang sakit banyak,"

Adu Muiz sebelum belakang lehernya ditarik Piah. Menyembam pada bahu isteri. Muiz nangis lagi, lagi dan lagi dalam pelukan Piah.

SOPIAH ISKANDAR [COMPLETE]Where stories live. Discover now