SOPIAH ISKANDAR| 43🧸

969 123 20
                                    

"Kak long—"

Terkatup ulas bibir Piah. Kaku dirinya dalam dakapan Malaika. Dagunya selesa pada bahu wanita itu. Bibir mengulum senyum.

"Alhamdulillah. Kak long rindu Piah. Kami semua rindu Piah. Welcome back, sayang."

Belakang badan Piah digosok Malaika berkali- kali. Piah sengih. Dapat dengar bunyi esakan kakak birasnya. Heh, dasar manusia cengeng.

"Rindu!"

Giliran Areeta memeluk Piah. Piah menayang sengih. Bergoyang separa tubuh akibat diterpa.

"Lek ah. Piah dah sihat. InShaAllah esok lusa boleh belajar jalan."

Tenang Piah genggam tangan Malaika. Malaika tak henti nangis walaupun Areeta dah bebel.

"Baby dah sihat? Dah scan gender ke? Kembar lagi tak?"

Mata Piah turun pada perut memboyot Malaika. Besar betul. Sebiji waktu kandungkan Ayang dan Taz. Gaya semacam kembar.

"Tak scan. Nak surprise je nanti. Alhamdulillah, doktor cakap kandungan akak ok."

Lembut renungan Piah berlaga mata merah Malaika. Tahu Malaika serba salah.

"Lek ah. Piah dah belajar reda. Benda dah jadi. Benda dah lepas. Tak apa. Kalau ada rezeki, bila- bila pun DIA boleh bagi. Kan?"

Matang cara Piah bercakap. Tak ada nada bergetar. Areeta usap kepala berbalut tudung Piah. Gaya akak- akak pujuk adik.

"Betul. InShaAllah. Tak apa, Piah muda lagi. Anak kami, anak Piah juga tau sayang."

Jari runcing Areeta tak henti betulkan awning tudung bawal Piah. Piah sengih. Mengangguk.

"Diorang dah balik. Jom turun? Makan?"

Mereka bertiga toleh ke arah Anggerik. Anggerik dan Ezra senyum nipis di pintu bilik. Menanti tuan rumah, cik puan isteri Iskandar.

"Jom! Aku dah lapar! Baby lapar tak?"

Semangat Piah tolak roda kerusi rodanya walaupun Areeta dah tegah.

"Nakal! Orang kata jangan gerak sendiri. Biar kitorang tolak Piah."

Kuat tangan Areeta tampar lengan Piah. Piah menyeringai. Pedih! Kuasa mak- mak betul.

"Baby tak lapar. Mak baby yang lapar,"

Seloroh Malaika ketika jalan bersaing keluar bilik. Piah ketawa. Masih terhibur bila lihat wajah merah Malaika. Beria nangis. Macam dia aje yang patah kaki, anak mati.

"Akhirnya, ada funtion juga lif rumah ni. Tak pernah- pernah orang guna."

Senang hati Piah, bila kerusi rodanya muat untuk masuk dalam kotak lif. Anggerik senyum.

"Semua yang jadi, ada hikmah,"

Tuturnya penuh kelembutan. Piah angguk. Dalam hati terselit cemburu. Hish, tak padan langsung muka semperit Kimi dapat isteri spek bidadari macam Anggerik.

Ting!

Daun pintu lif terbuka perlahan.

"Bah!"

"MAK!"

Nyaris kepala Mika ditampar Piah jika Muiz tak menghalang. Anggerik buntang.

"Wah kau! Berani kau sergah aku?!"

Garang Piah menempik. Gayanya seperti mahu kejar sosok Mika guna kerusi roda.

"Huaarghh! Sorry! Sorry! Salah orang! Kita fikir Kak Ma yang turun!"

SOPIAH ISKANDAR [COMPLETE]Where stories live. Discover now