Suasana tanah perkuburan jadi tambah gelap dan suram dengan hujan renyai yang mula turun ke bumi. Lama- kelamaan, jadi lebat.
"Jom kita balik Honey,"
Pujuk Faisal ketika memayungi jasad isterinya. Tengku Hani geleng kepala. Terduduk diam di hadapan kubur abangnya.
"Honey please..ingat Allah. Ingat Fattah. Kalau Honey sakit Fattah macam mana?"
Perlahan wajah basah Hani mendongak. Wajah tenang Faisal jadi tatapan lama. Kemudian dia angguk kepala. Terpujuk dengan nama anak.
"Kita balik ya?"
Pujuk Faisal dengan lembut. Lega tatkala Hani patuh. Tubuh lemah Hani dipapah. Dari jauh Faisal nampak kelibat tegap Muiz berdiri di luar pagar kawasan kubur.
"Takziah,"
Sapa Muiz datar. Merenung wajah sugul Hani. Hani angguk kepala tanpa suara. Memasuki perut kereta dengan mata kosong.
"Jangan berhujan. Nanti demam."
Sempat Faisal tepuk bahu Muiz sebelum masuk kereta. Muiz tak balas. Tak ada riak dia hantar pemergian kereta Faisal dan Tengku Hani dengan pandangan kosong.
Hujan semakin lebat. Muiz berdiri tanpa ada niat untuk berganjak. Masih merenung kubur merah Tengku Firdaus. Bersebelahan saja dengan liang lahad Tengku Adrian. Kedua tangan dalam poket seluar mengepal erat.
"Takziah..and tahniah,"
Tutur Muiz separa bisik. Kejadian tragis semalam terimbas dalam kotak memori.
"AKU BENCI KETURUNAN MALIK MOHAMAD!"
Itu jerkahan Tengku Firdaus. Tak logik dek akal. Boleh pula dia dendam pada Muiz sampai nak membunuh, hanya kerana seorang Muaz Akasa.
"KALAU AKU NAK BUNUH MUAZ, AKU KENA BUNUH KAU! MANUSIA YANG MUAZ PALING SAYANG SANGAT DALAM DUNIA NI!!"
Genetik si Tengku. Memang tak boleh orang lebih dari mereka. Hanya kerana Muaz dapat Malaika. Hanya kerana Elinda suka pada Muaz, Tengku Firdaus memilih untuk berdendam.
Tiba- tiba pula nak kaitkan Sopiah Iskandar dalam dendam lama Atma Akasa. Bodoh.
"Kami tak dapat selamatkan Tengku Firdaus. Pendarahan akibat banyak tikaman pisau pada abdomennya sangat teruk."
Bukan Muiz yang tikam Tengku Firdaus. Tapi Elinda Maholtra, tunangnya sendiri.
Tak percaya?
Muiz cuma hentak diorang pakai kerusi aje. Belum lumat pun, tiba- tiba saja Elinda marah pada tunangnya saat Muiz persoalkan dendam Firdaus sebenarnya tentang Malaika. Sudahnya Elinda buat kerja gila. Habis semua rakan Tengku Firdaus ditikam kerana sakit hati.
"Tch."
Muiz berdecit. Tak puas hati. Tak dapat balas perbuatan mereka pada Piah. Muiz tak fikir apa kecuali keselamatan isterinya. Mujur dia sempat bawa Piah keluar dari tingkat itu.
Elinda benar- benar hilang kawalan. Trigger sangat bila tunangnya masih ada hati pada Malaika hingga dia meluru bawa pisau tajam pada orang awam. Gila.
"Macam aku,"
Tutur Muiz senada. Muiz nampak bayangan dirinya yang gila itu dalam mata kosong Elinda. Rupa- rupanya Elinda pun ada sakit mental. Sama seperti dirinya. Bezanya mereka, Muiz dah dapat mengawal diri. Dah dapat ubat.
Muiz ada ubat bernama Sopiah.
Dalam diam Muiz bersyukur. Sekurang- kurangnya dia tak payah kotorkan tangan lagi. Walaupun hatinya memberontak ganas untuk hancurkan kubur Tengku Firdaus...
YOU ARE READING
SOPIAH ISKANDAR [COMPLETE]
Narrativa generale[BOOK 3] : ii dari [BOOK 1] Menuju gerbang masjid halal, mereka berdua diuji dengan kisah silam. Kisah silam yang datang untuk goyahkan ikatan pertunangan. "Aku minta maaf. Sebab aku bukan Muaz Akasa." -MUIZ ISKANDAR "Aku pun minta maaf. Sebab aku b...