Angin laut menerpa wajah sugulnya. Pucat dan cengkung. Tak bermaya. Malah sepasang matanya juga seakan tak bernyawa.
Dah puas dia renung lautan petang yang terbentang, kunci kerusi roda dibuka. Kasar dia tolak kenderaan kecilnya itu untuk pusing.
"Piah,"
Tegur satu suara dari arah belakang. Perlahan Piah toleh. Riaknya kosong. Wajah makcik Julaiha dan anaknya ditenung tanpa rasa.
"A-aku nak minta ampun, Piah!"
Tiba- tiba Eika jatuh melutut atas tanah. Dia satukan kedua tangan, hadap Piah. Wajah Piah langsung tak pamerkan sebarang emosi.
"Aku berdosa dekat kau! Aku berdosa sangat! Aku dah terima balasan. Aku menyesal tuduh kau mandul. Sekarang...aku kandungkan anak luar nikah."
Teresak- esak Eika mengaku. Mak cik Julaiha juga tak henti nangis.
"A-aku minta maaf Piah! Tolonglah—"
"Tak nak."
Anak-beranak itu terkejut apabila Piah rentap tangan kanannya dari genggaman Eika.
"Kalau suami aku sendiri pun aku dah tak peduli. Kau fikir aku nak peduli lagi ke pasal bangsat macam korang berdua ?"
Tajam mata Piah tanpa air mata. Mujur dia cacat sementara. Kalau Piah boleh bangun, sekarang juga dia tumbuk mereka dua orang.
"Menyemak. Aku tengah serabut juga kau datang nak menyalak, nangis depan aku."
Kasar suaranya membidas. Piah dah kembali jadi Piah. Dia bukan isteri manja Muiz lagi.
"Aku tak nak maafkan semua orang. Jangan kacau aku lagi kalau kau tak nak mati,"
Ugut Piah seraya kedua tangan menolak roda kerusi itu bergerak. Tinggalkan Julaiha dan Eika yang tergamam.
"Piah.."
Laju Peah berlari anak dekati adiknya. Mata dah tajam melihat dua sosok di belakang sana.
"Aku nak balik,"
Kata Piah tanpa lihat wajah kakaknya. Peah angguk kepala. Lekas dia tolak kerusi Piah bergerak ke arah kereta.
Sempat ekor mata Piah jeling satu pulau kecil yang kelihatan di tengah laut sana.
•••
"Iskandar minta maaf. Sebab tak dapat bagi apa yang Sopiah minta. Sopiah mintalah apa- apa, Iskandar boleh bagi. Tapi bukan lepaskan Sopiah."
Sejak tiba di rumah keluarganya, hanya suara itu yang menemani Piah. Tak sehari pun suara sayu Muiz tinggalkan fikirannya.
"Iskandar izinkan Sopiah duduk dengan mak bapak. Tak kisahlah selama mana. Iskandar janji, Iskandar takkan ganggu Sopiah selagi Iskandar sakit. Dan Iskandar juga janji, Iskandar akan ambil dan jaga isteri Iskandar balik. Bila mental fizikal Iskandar sihat."
Tak sedar bibir Piah sungging senyum kecil. Tak percaya rasanya Muiz tak mungkir janji.
Dah tiga bulan.
Tiga bulan Piah balik ke kampung dengan kaki kanan berbesi serupa antena. Dia berpantang di sini. Dan bayang Muiz langsung tak kelihatan. Entah ada di rumah abangnya, KL, atau masih di Darandele. Piah tak tahu.
Tak ada keperluan Piah mahu bertanya pada ibu bapanya soal Muiz. Piah sendiri perlukan masa. Dan Piah bersyukur suaminya akhirnya akur.
YOU ARE READING
SOPIAH ISKANDAR [COMPLETE]
Narrativa generale[BOOK 3] : ii dari [BOOK 1] Menuju gerbang masjid halal, mereka berdua diuji dengan kisah silam. Kisah silam yang datang untuk goyahkan ikatan pertunangan. "Aku minta maaf. Sebab aku bukan Muaz Akasa." -MUIZ ISKANDAR "Aku pun minta maaf. Sebab aku b...