MASJID JASMIN KHAN | 2:34 a.m.
Jiwa rapuh itu kembali dipeluk beban. Rasa berdosa menghurung batin. Berat menggasak dada. Perit. Sakit.
"Tskk.."
Basah tapak tangan Muiz ketika meraup wajah. Dah lama tak kembali pada DIA. Akhirnya Muiz tergerak juga untuk bagun pagi buta.
"Pintu taubat sentiasa terbuka. Selagi kita bernyawa. Selagi matahari belum terbit dari barat. Selama dunia belum kiamat, kita boleh tetap bertaubat. Tetap boleh kembali pada DIA. Sesungguhnya, Allah Maha Pengampun."
Penatnya rasa berdosa. Penat juga buat dosa. Dosa sama yang diulang- ulang dalam mimpi.
"Jijiknya aku. Hinanya aku, tak layak jadi imam bidadari solehah macam Sopiah."
Penat.
Muiz cuba bernafas tenang. Tapi dia seolah tak mampu. Sejak balik dari hospital kelmarin, dia asyik mimpi Adriana. Perempuan gila itu.
Tapi..lebih seram, mimpi yang Muiz nampak, bukan mimpi ngeri. Tapi mimpi indah.
"Macam mana aku nak hidup tenang, Riana?"
Berdenyut kepala Muiz. Dia sudah usaha bermacam- macam. Ikut rawatan terapi susulan dengan doktor psikatri. Telan pelbagai ubat. Sudah lali asyik kena ceramah kaunseling.
"Tapi kenapa semua tu tak dapat halau muka kau, Riana?"
Kosong renungan Muiz, tepat pada kelibat Adriana yang sedang duduk bersimpuh di hujung sana. Pakej senyuman manis.
"Kau nak apa? Masih nak aku lagi ke?"
Soal Muiz pada sosok Adriana itu. Adriana tak menjawab. Tiada ketawa nyaring dan mengilai seperti selalu. Wajahnya pucat bersih. Hanya merenung Muiz dengan pandangan yang sukar untuk ditafsirkan.
"Muiz?"
Tubuh Muiz sentak. Serta merta bayangan Adriana lesap dek teguran dari Hamzah.
"Mejah. Assalamualaikum,"
Sapa Muiz bersama senyuman. Hamzah terkejut. Pertama kali Muiz beri salam terlebih dahulu.
"Waalaikumsalam. Muiz ok tak? Dah tak demam ke? Bahayanya Muiz keluar pagi seorang."
Gusar riak Hamzah. Segera dia duduk bersila di sebelah Muiz. Muiz ketawa kosong.
"Muiz ok. Dah sihat dah. Awal gila Mejah datang masjid. Nak ngaji ke ada majlis apa?"
Soal Muiz mahu tahu. Selalunya, Hamzah memang datang awal untuk bersihkan masjid kalau ada program ceramah.
"Tak lah."
Kepala Hamzah geleng. Baru pukul dua pagi kut. Awal dahsyat. Tangan kanan diangkat tinggi. Tunjuk satu kitab kecil. Buku kesayangannya.
"Saya cuma tertinggal Quran saya. Tergerak hati pula nak ambil sekarang,"
Jawabnya bersama senyuman nipis. Muiz angguk kepala. Oh. Kira berjodoh lah ni.
"Saya minta maaf ya Muiz. Tak patut saya tinggal Muiz seorang waktu Muiz makan ubat minggu lepas. Saya pula—"
"Dahlah Mejah. Jangan ungkit lagi. Malas Muiz nak fikir benda dah lepas."
Tenang Muiz cantas bicara Hamzah. Hamzah terdiam. Rautnya bersalah. Hamzah rasa dirinya lebih layak terima kemarahan dari Muiz. Bukan Raidel.
"Kenapa Muiz tak marah saya?"
Tanya Hamzah setelah berbolak balik dalam hati. Melantun soalan seperti budak perempuan.
YOU ARE READING
SOPIAH ISKANDAR [COMPLETE]
General Fiction[BOOK 3] : ii dari [BOOK 1] Menuju gerbang masjid halal, mereka berdua diuji dengan kisah silam. Kisah silam yang datang untuk goyahkan ikatan pertunangan. "Aku minta maaf. Sebab aku bukan Muaz Akasa." -MUIZ ISKANDAR "Aku pun minta maaf. Sebab aku b...