SOPIAH ISKANDAR| 22🧸

1.2K 102 39
                                    

Kekura tangan dia elus perlahan. Dah lama sangat dia duduk dalam keadaan begitu. Kakinya berposisi ketika sedang bertahiyat akhir. Mula rasa kebas. Tapi tak juga dia hirau.

Sudah seminggu tak jejak kaki ke rumah rumah Allah. Hati jahatnya terusik dek rindu. Seakan diseru, dipaksa untuk jejak ke sini. Walaupun malam sudah larut, hampir cecah ke subuh.

"Assalamualaikum."

Suara yang amat dinanti dan dia rindu terdengar menyapa dari arah belakang.

"Waalaikumsalam, Mejah."

Senyuman Muiz terbit. Melengkung pada bibir. Langkah Hamzah sedikit laju dekati Muiz.

"Muiz..Apa khabar? Sihat tak?"

Erat tubuh mereka berpeluk sesaat. Muiz senyum, angguk kepala. Lalu tubuh Hamzah ikut duduk bersila. Tak jadi niat Hamzah untuk lakukan solat Sunat Tahiyyatul Masjid. Dia sedikit risau menatap wajah pucat Muiz.

"Muiz tunggu subuh ke?"

"Aku tunggu kau, Mejah."

Oh. Terdiam Hamzah lihat mata redup Muiz. Astaghfirullahalazim..kacaknya suami Piah. Cepat- cepat kepala Hamzah geleng sedikit.

"Saya dah datang. Ada apa Muiz nak jumpa saya? Ada masalah apa yang ganggu Muiz?"

Tenang soalannya lantun. Tak ubah reaksi datar Muiz. Kelihatan kosong.

"Tolong aku. Aku nak tengok, nak pegang benda haritu. Aku tak nak rasa takut lagi."

Lemah suara Muiz buat Hamzah terkejut. Namun tak pula terpamer pada wajah tenangnya. Hamzah renung lama anak mata Muiz. Kelihatan sangat kosong tanpa perasaan, atau nyawa.

"Benda haritu? Cakera padat ke? CD? DVD? Atau kamera?"

Bertubi soalan serius Hamzah, tapi dengan nada yang cukup berhati- hati. Dia dapat agak Muiz nak 'lawan' traumanya itu.

"Yeah..pandainya kau."

Sedikit ketawa Muiz lepas. Nampak sangat Hamzah dah kenal Muiz dengan cukup baik.

"Aku tak nak takut apa- apa lagi. Aku nak tengok. Nak pegang benda yang aku takut. Tapi..aku tak berani nak buat seorang,"

Jelas Muiz perlahan. Tak sampai sesaat, bahunya Hamzah tepuk. Kemudian tangan Hamzah juga tolak belakang badan Muiz perlahan. Seakan paksa Muiz untuk duduk tegak.

"Jangan tunduk depan manusia. Jangan sedih, jangan malu untuk minta tolong."

Kelu lidah Muiz. Tak sangka Hamzah perasan dia semakin menunduk. Tunduk bagai mahu sujud akibat segala perasaan yang tak menentu.

"Kalau Muiz sedia, InShaAllah saya tolong apa yang saya boleh. Nanti kita roger doktor Akhyar. Kami sama- sama teman Muiz. Ok tak?"

Bersungguh kata Hamzah. Tangannya masih ada atas bahu Muiz. Halang Muiz kembali tunduk.

"Terima kasih sebab tak pernah judge aku,"

Ucap Muiz secara halus. Tiba- tiba, mengukir senyuman manis pada bibir Hamzah.

"Saya tak layak nak judge orang. Allah pun tak pernah judge kita."

Kepala Muiz panggung melihat senyuman Hamzah. Senyum yang menenangkan.

"Mejah bosan tak kalau Muiz selalu tanya? Ada benda yang Muiz nak tanya lagi.."

Naik kedua pipi Hamzah. Comel betul Muiz tukar bahasa panggilan. Walaupun nampak mukanya berkerut janggal. Haha.

"Saya tak ada sebab untuk bosan. Muiz sahabat soleh saya. Tanya saja. Kalau saya ada jawapan, InShaAllah saya jawab."

Sahabat soleh? Remuk melembik kalbu Muiz. Dia? Muiz Iskandar sahabat soleh Hamzah?

SOPIAH ISKANDAR [COMPLETE]Where stories live. Discover now