"Malam esok dah masuk malam pertama ramadhan. Sopiah nak solat terawih dekat masjid ke rumah?"
Melopong mulut Piah. MALAM ESOK? Rasanya baru saja haritu mereka bertemu ramadhan. Baru minggu lepas jugak mak bapaknya tanya tentang persiapan raya.
Tiba- tiba puasa. Nanti, tiba- tiba pula raya.
"Cepat je dah puasa. Kejap lagi anniversary kita. Dah setahun kahwin pun belum ada an—"
CUP!
Terkejut Piah tekup bibir. Luas mata dia pasak pada riak selamba Muiz. Muiz senyum senget, sambil sambung melipat baju.
"Apa tu? Apasal curi kiss orang?"
Tak puas hati Piah soal. Geram lihat riak tenang Muiz. Langsung tak tolehnya. Buat- buat khusyuk lipat kain baju.
"Sopiah nak cakap benda merepek. Iskandar tak suka. Cakaplah lagi kalau nak kena kiss."
Manis senyuman tak bersalah Muiz. Piah dengus perlahan. Tak jadi marah. Dia cair dengan ketenangan suaminya. Kacak!
"Raya nanti orang belum boleh jalan."
Lembik suara Piah meluah. Kerja Muiz terus terbantut. Laju Muiz merangkak ke arah Piah. Berhati- hati dia duduk sebelah Piah.
"So what? Sopiah ada suami. Suami Sopiah kuat! Iskandar boleh gendong Sopiah pergi beraya mana- mana. Iskandar boleh jaga Sopiah."
Muiz lunjurkan kaki Piah atas kakinya. Selesa. Piah kebilkan mata tahan nangis. Cengeng.
"Iskandar tak sedih ke? Kita raya berdua."
Pantas Muiz geleng kepala. Sabar lagi melayan emosi isterinya.
"Tak. Apa yang sedihnya? Iskandar bersyukur dah raya berdua! Tahun lepas raya single. Tahun ni ada isteri. Lagi best, tahun ni Iskandar dapat salam mak. Iskandar dapat mak bapak."
Ikhlas senyuman Muiz, usik jiwa jeli Piah. Genggaman tangan jadi erat.
"Terima kasih sebab terima Iskandar jadi suami Sopiah. Jadi imam halal Sopiah,"
Ucap Muiz seraya labuhkan bibir sesaat pada batang hidung Piah. Piah pejam mata. Lagi, lagi dan lagi dia asyik tersentap. Muiz dah jadi terlalu baik. Terlalu hijau untuknya.
"Kenapa sayang nangis pulak?"
Gelabah Muiz seka air mata Piah. Deras mengalir ketika celik. Bibirnya menyebik ke depan.
"Iskandar baik sangat. Iskandar mesti penat layan perempuan cengeng macam Sopiah."
Kuat Muiz tahan lengan Piah ketika Piah mahu tolak keras tubuhnya menjauh.
"Tak! Mana ada. Iskandar tak penat. Iskandar suka Sopiah jadi soft, cengeng, gegirl. Itu fitrah perempuan. Jadi lembut. Iskandar lelaki, kerja Iskandar jaga isteri. Jadi imam. Jadi kuat."
Rambut panjang Piah dibelai lalu dia ikat kemas agar tak berselerak. Kering air mata Piah dipujuk dengan suara mendayu lembut. Cair.
"Tiap hari Sopiah buat drama. Betul ke Iskandar tak bosan? Tak muak hadap Sopiah?"
Gedik Piah menanya. Benar- benar buat perangai wanita. Muiz ketawa suka. Kepala Piah dirapatkan ke dada.
"Apasal gelak?"
Hairan Piah terkebil. Kelakar ke?
"Isteri Iskandar tak pernah tak comel. Cantik ada, jelita pun banyak! Tak pernah langsung Iskandar muak. Sesaat pun tak pernah bosan."
YOU ARE READING
SOPIAH ISKANDAR [COMPLETE]
Ficción General[BOOK 3] : ii dari [BOOK 1] Menuju gerbang masjid halal, mereka berdua diuji dengan kisah silam. Kisah silam yang datang untuk goyahkan ikatan pertunangan. "Aku minta maaf. Sebab aku bukan Muaz Akasa." -MUIZ ISKANDAR "Aku pun minta maaf. Sebab aku b...