SOPIAH ISKANDAR| 25🧸

1.3K 113 30
                                    

HOTEL TF,

Lamunan Piah mati tatkala tangannya digenggam Muiz. Erat, hangat.

"Menung apa? Kita dah sampai,"

Bisik Muiz sebelum cuit hidung Piah. Piah kemam bibir. Segan gila.

"First time Sopiah datang event syarikat besar dekat hotel. Tacod.."

Lengan Muiz dipeluk erat. Menggedik akibat gugup yang asyik ganggu dirinya sejak pagi.

"Jangan takut. Sopiah bukan perempuan biasa. Sopiah menantu Malik Mohamad. Sopiah kena berlagak. Jangan tunduk,"

Tegas Muiz seraya tolak belakang badan Piah untuk tegak. Piah ketap gigi. Berdehem sedikit sebelum angkat kepala. Tidak lagi menunduk.

"Macam ni?"

"Yess my queen."

Mata kiri Muiz mengenyit. Mengusik Piah yang asyik pucat. Piah hela nafas. Rasa tak sedap hati. Tacod.

"Jangan takut, ok. Abang ada. Abang bangga jadi suami meow,"

Bisik Muiz ketika mereka mendaki anak tangga. Ceh. Manis benar mulut Muiz pujuk Piah tenang. Akhirnya Piah angguk kepala. Senyum nipis.

"Smile for the camera, meow."

Usai pesanan Muiz, pintu gergasi itu dibuka. Keras kejung tubuh Piah. Nak buta matanya terkena cahaya lampu tak berhenti dari kamera wartawan. Berpusu- pusu tanpa amaran.

Elusan jari Muiz pada kekura tangan Piah seakan kembalikan Piah dari awangan. Tak jadi pegun. Dia ikut Muiz melangkah dengan yakin.

"Tengok sini, MRS. ISKANDAR!"

"Please smile, MRS. ISKANDAR!"

"Handsomenya Tuan Iskandar!"

"Berlagaknya isteri Tuan Iskandar.."

Nak tercabut telinga Piah dengar segala macam bisikan paparazi yang berlonggok di tepi. Ya tuhan..janganlah Kau hodohkan muka aku dalam kamera diorang..

ZAPP!

Lengang. Piah tarik nafas panjang apabila keadaan kembali lengang tanpa bunyi kamera atau jeritan wartawan.

"You good?"

Soal Muiz ketika menekup kedua pipi sejuk Piah. Piah terkebil- kebil.

"Sopiah ok. Abang? Abang ok ke? Gila bapak banyak kamera diorang. Dah kenapa diorang nak ambil gambar abang? Bukannya abang yang nak rasmikan syarikat hotel ni pun."

Panjang lebar suara Piah. Tak puas hati. Terselit risau berbuar jealous. Muiz pakai suit. Kacak dahsyat. Tak main- main.

"Ada Sopiah, abang ok. Diorang gila sebab nampak Sopiah bukan sebab abang."

Melongo mulut Piah. SEBAB AKU?

"Ini first time abang datang majlis rasmi wakil syarikat sejak lepas kahwin. Bawa isteri pula."

Muiz ketawa suka. Baru dapat peluang nak tunjuk isterinya pada media. Bukan tayang, tapi cukup sekadar beri bukti JELAS.

Bukti bahawa Muiz Iskandar sudah berpunya. Muiz Iskandar milik Sopiah. Suami Sopiah.

"Sukanya abang..tak malu ke? Mesti orang kata kita tak sepadan."

Bahu Muiz jadi mangsa senggolan. Muiz jongket kening. Beriak nakal.

"Why? Iskandar tak cukup handsome ke untuk Sopiah? Tak sepadan hm?"

Balas Muiz seraya senggol bahu isterinya kembali. Bukan main happy. Asyik sengih tanpa henti. Semuanya kerana seorang Sopiah.

SOPIAH ISKANDAR [COMPLETE]Where stories live. Discover now