"Sedap?"
Angguk. Pipi kembung berisi rambutan. Tak lekang dek senyum bibir Muiz. Gembira dapat cari rambutan kuning untuk Sopiahnya.
"Kenapa?"
Risau Muiz menyoal bila Piah perlahankan kunyahan. Riaknya mendung. Datangkan rasa sakit berdenyut dalam dada Muiz. Perit.
"Sopiah asyik minta makan macam- macam. Teringin. Macamlah tengah pregnant."
Jatuh bahu Piah. Matanya bergenang. Muiz hela nafas sambil geleng kepala. Emosi sungguh isterinya sejak balik kampung.
"Perempuan memang suka craving, Sopiah. Teringin, nak makan. Tak semestinya pregnant. Ramai aje perempuan single craving makan macam-macam. Author kita pun macam tu."
Lembut Muiz memujuk. Piah kerutkan dahi. Apa benda author kita tu?
"Sedap kan? Kalau sedap, makan. Jangan bebel banyak depan rezeki. I love you."
Makin manis rasa rambutan kuning itu. Kaki yang bersila menggeletis suka. Dari tadi Muiz temankan isterinya duduk di pangkin tepi laut.
Dating.
Sambil Muiz tolong kupas kulit rambutan untuk isterinya. Semua rambutan yang sudah bogel tanpa biji dimasukkan dalam bekas. Seronok Piah kunyah. Tak payah susah payah.
"Sukanya dapat lelaki act of service. Tak payah disuruh. Tak payah minta.."
Menggelupur Piah tumbuk pangkin. Blushing! Suka sangat. Rasa nak masuk laut.
"Bang Muaz ada bebel haritu. Dia kata, kalau nak jadi suami mithali, kena ratukan isteri. Kena bagi makanan banyak- banyak biar isteri happy."
Besar Muiz sengih. Senang kalau nak jaga wanita, selagi kau ada effort. Kaum hawa cuma mahu lelaki tunjuk kasih sayangnya. Bukan setakat ayat manis.
Jadilah seperti adik beradik M&M. Muaz Muiz reti mengayat, reti juga buat act of service.
"Phone Iskandar bunyi."
Bibir Piah juih arah telefon Muiz. Terdampar agak jauh di hujung pangkin. Malas- malas Muiz ambil telefon pintarnya. Panggilan diangkat.
"Jangan ke mana- mana,"
Pesan Muiz, serius. Riaknya sedikit tegang. Paksa Piah patuh dengan mulut penuh. Tak lawan cakap suami. Piah sedang gembira.
"What?"
Jengkel Muiz aju soalan. Telefon ditekup pada telinga kanan. Mata tak lepas pada sosok sang isteri. Ambil iktibar dari kes yang pernah jadi, Muiz takkan sesekali lagi membelakangi Piah untuk angkat panggilan. Takut Piah hilang.
"Kalau aku tak datang?"
Mata Muiz guling ke atas tatkala dia dengar keluhan bapak Akhyar. Marah gayanya.
"We will lose the court debate. Simple."
Decitan kasar meniti bibir. Muiz cengkam rambut sendiri. Diamuk amarah. Kenapalah masa ini juga! Orang baru nak honymoon lagi.
"Ok. Ok. Aku balik. Sekejap lagi aku gerak."
"Alhamdulillah. Thank you, young master."
Panggilan ditamatkan. Makin menggunung rasa sebal Muiz. Datuk Syed Akhtar selalu suka ejek Muiz guna nama itu. 'Young master' gelaran Muaz Muiz sewaktu mereka kecil. Sekarang dah tua bangka pun Syed Akhtar masih mengada nak panggil mereka guna nama itu.
Longlai langkah Muiz atur ke arah isterinya. Tak ada semangat nak hidup. Tak boleh nafas.
"Kenapa sayang?"
YOU ARE READING
SOPIAH ISKANDAR [COMPLETE]
General Fiction[BOOK 3] : ii dari [BOOK 1] Menuju gerbang masjid halal, mereka berdua diuji dengan kisah silam. Kisah silam yang datang untuk goyahkan ikatan pertunangan. "Aku minta maaf. Sebab aku bukan Muaz Akasa." -MUIZ ISKANDAR "Aku pun minta maaf. Sebab aku b...