Cahaya subuh masuk menembusi biliknya. Dia menggosok mata yang kabur dan berjalan menuju ke tingkap. Kepala didongak untuk melihat ke atas langit. Ia mempunyai mutiara. Senyum perlahan-lahan terbit menghiasi wajah.
Tapi itu bukanlah realitinya. Jarang ada manusia yang bangun dari tidur terus berjalan ke arah tingkap.
Ada, tapi tak banyak. Boleh dikira menggunakan jari.
Slide ke kanan. Mari kembali ke realiti.
Sekujur tubuh sedang nyenyak tidur di atas katil yang empuk.
Tit...Tit...Tit...
Jam penggera yang dipasang sudah berbunyi. Serta merta bayangan di dalam otak tadi terusir.
Arzen mencelikkan sebelah matanya. Comforter ditarik dan badan dipusing ke kanan. Jam penggera Imperiale keluli tahan karat berwarna kelabu dari jenama chopard yang terletak di atas meja kecil disisi katil dicapai perlahan.
Kini, kedua-dua matanya terbuka luas saat melihat jam itu.
Tepat pukul 5.00 pagi.
Jam penggera tadi dibuang ke sisi.
Baru sahaja dia ingin mengeluh tapi niat dilupakan. Cepat-cepat dia berkata.
"Tak boleh mengeluh. The first thing you're gonna do when you wake up is, ucaplah alhamdulillah."
"Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah, kerana memberi peluang untuk terus hidup hari ini." Kedua-dua tangan meraup wajahnya.
Kaki dibawa untuk melangkah ke bilik mandi, ingin membersihkan diri sebelum berjumpa dengan Tuhan.
Seusai mandi dan menyiapkan diri, sejadah dibentang menghadap ke arah kiblat. Solat sunat Tahajjud dilakukan. Sambil menunggu waktu solat subuh berkumandang, Arzen membaca beberapa potong ayat suci Al-Quran.
Semua kewajiban sebagai seorang manusia telah dilakukan dengan sempurna. Arzen bersiap-siap untuk ke pejabat.
Tak tertahan, akhirnya dia mengeluh juga. Ingatkan hari ini dia boleh goyang kaki tanpa perlu ke luar kawasan.
Tak boleh ke kalau cancel je penyiasatan tu? Hari ini nak duduk office sahaja.
Arzen terduduk lemah di sisi katil.
Tali leher di tangan dilirik sekejap sebelum mata kembali terarah ke hadapan."Kalau tak kerja macam mana nak jadi kaya? Sedarlah, kita bukan anak orang kaya, nak tak nak kena pergi kerja juga." Omelan kecil Arzen kedengaran, cukup untuk menyapa halwa telinganya sahaja
Setelah bersiap-siap dan mengenakan pakaian santai. Arzen memandu keretanya menuju ke lokasi penyiastan itu.
Tiba sahaja di tempat kejadian, enjin kereta dimatikan. Kaki melangkah turun dari perut kereta. Mata melilau memandang keadaan sekeliling yang penuh dengan garisan kuning Polis.
Matahari yang mencanak naik membuat dia mengecilkan sedikit matanya.
Panas. Tapi di hujung kanan pula, awan mendung. Mungkin tak lama lagi, hujan bakal turun.
Arzen kembali masuk ke dalam kenderaan yang dipandunya tadi untuk mengambil topi berwarna hitam miliknya.
Topi disarungkan di atas kepala. Pelitup muka berwarna hitam pula dibetulkan sedikit agar tidak senget. Turun kembali dari kereta dan kaki mula melangkah ke arah rakan-rakan setugasnya.
Tangan dihulurkan untuk bersalam bersama seorang lelaki.
"Tuan Arzen." Sapa seorang lelaki. Huluran tangan yang dihulurkan lelaki itu tadi disambut dengan penuh berhati-hati.

YOU ARE READING
30 Dates with you [ on going ]
RomanceON HOLD - promise it will complete by end of this year. Thank you for reading. 🤲🏻✨ Slow burn romance + Mystery Tulisan pertama yang... EXTREMELY CLICHE AND CRINGE Jasmine. Seorang gadis yang rapuh dan tidak percayakan kewujudan cinta kerana traum...