Jasmine mengeluh berat sebelum dengan kuat dia menepuk kereta itu.
Dum!
Bunyi tangannya yang menepuk berdetum kuat di atas bonet kereta. Semua pekerja yang sedang melakukan kerja mereka mula takut dengan amukan majikan mereka.
Nampaknya Puan Muda mereka sedang mengalami angin yang tidak baik hari ini.
"Dah berapa lama you kerja dekat sini?! I tak sepatutnya menjaga korang semua, ajar semua benda. This is a team effort tapi rasanya cuma I seorang sahaja yang mengambil berat! Mana perginya skills work well in a team korang?!" Teriakan maha besar Jasmine bergema di setiap ruangan. Semua pekerja menikus dan mengeluh di dalam hati.
Seorang buat salah, semua yang dapat habuannya.
Wajah Jasmine membahang merah akibat melepaskan amarah yang tidak tertahan.
Sarah yang mendengar teriakan itu terus sahaja menerpa keluar dan menuju ke arah Jasmine.
"Puan...Puan, look, we get it. We messed up. How can we help you fix this? We’ll do better next time." Sarah menunduk kecil di hadapan Jasmine sambil mengucap perkataan itu.
"You say that every time! Actions speak louder than words!" Jasmine masih menempik dengan nada yang kuat.
Sarah hanya diam, tidak membalas kali ini. Kepala hanya ditundukkan ke bawah.
"Ehem..." Suara deheman seseorang dari arah belakang menarik perhatian mereka semua. Jasmine menyumpah di dalam hati saat mendengar suara itu.
Benjamin?
Apa yang dilakukan Benjamin di sini? Sudah berapa lama lelaki itu berada di belakangnya? Adakah Arzen turut bersama lelaki itu? Macam mana kalau tahu sifat sebenarnya?
"Can we talk?" Benjamin berjalan dan berdiri tepat di hadapan Jasmine. Jasmine mengeluh sebelum berjalan menonong ke dalam biliknya.
Benjamin mengikut langkah Jasmine dengan laju.
"Apa yang korang dah buat ni?" Sarah mengeluh sebelum menyandarkan badannya ke arah sebuah kereta yang harus dibaiki.
"Saya minta maaf, Puan Sarah. Saya budak baru di sini, saya cuma buat silap sikit terus kena tempik macam tu depan semua orang. Mana Puan Muda letak maruah saya? Saya tahu saya cuma pekerja bengkel je. Cuma tahu baiki kereta,..."
"Tak ada kepakaran lain. Tapi, saya kerja dengan ikhlas, kerja sebab nak cari rezeki yang halal. Tak akan sebab kesalahan pertama, saya kena sampai ni sekali." Luah pekerja yang dimarahi Jasmine tadi.
Lelaki disisinya memegang bahu rakannya, cuba menguatkan lelaki itu.
"I minta maaf bagi pihak Puan Jas. Unit pentadbiran dan sales banyak buat hal lately ni. Mungkin Puan Jas agak tertekan sebab hal tu. You tolong jangan ambil hati sangat. Tentang silap tu, minta tolong budak lain yang ajarkan awak. Jangan risau, awak tak akan dipecat. I minta maaf sekali lagi." Ucap Sarah penuh lemah lembut.
Dia juga tidak lari dari merasakan tekanan kebelakangan ini. Semua pekerja sedang runsing dengan jualan yang tiba-tiba merundum.
"Tangan you okay tak?" Benjamin menutup pintu bilik Jasmine dengan rapat setelah masuk ke dalam bilik itu.
Jasmine yang membelakang hanya mendiamkan dirinya. Tangannya yang dinaikkan ke atas dada membuat penumbuk sebelum digenggam erat.
"I tanya ni. Tangan you okay tak?" Soal Benjamin kembali. Jasmine menjeling lama sebelum memusingkan badannya untuk menghadap Benjamin.
"Awak buat apa datang sini?" Soal Jasmine tanpa nada. Soalan tadi diabaikan tanpa jawapan.
"I nak ajak you pergi lunch." Balas Benjamin dengan gembira.
YOU ARE READING
30 Dates with you [ on going ]
RomanceON HOLD - promise it will complete by end of this year. Thank you for reading. 🤲🏻✨ Slow burn romance + Mystery Tulisan pertama yang... EXTREMELY CLICHE AND CRINGE Jasmine. Seorang gadis yang rapuh dan tidak percayakan kewujudan cinta kerana traum...