Jasmine membuka anak matanya dengan perlahan. Rambut yang agak kusut dibetulkan. Tangan dibawa untuk menutup mulutnya yang sedang menguap.
Baru sahaja ingin bangun dari baringan, perut dirasakan ada sesuatu yang menghempap. Pandangan dijatuhkan ke bawah sebelum mata membulat dengan besar.
"Apa ni?..." Bisik Jasmine perlahan. Tangan kiri Arzen sedang melekap di atas perutnya. Dengan cepat Jasmine duduk dari baringannya.
Tangan Arzen jatuh ke pehanya pula. Wajah Jasmine berkerut seribu.
Jasmine mengesot ke bahagian kiri tanpa menyedari apa-apa. Yang dia tahu, dia nak terlepas dari tangan lelaki itu.
Dush!
Jasmine menutup mulutnya dengan erat menggunakan kedua tangan. Sakit yang dirasakan tidak dihiraukan. Akibat terlalu mengesot ke tepi, dia terjatuh ke bawah katil. Nasib sahaja dia tidak membuat sebarang bunyi. Kalau tak, pasti Arzen akan terbangun dari tidurnya.
Kepala dinaikkan ke atas untuk melihat adakah Arzen terjaga kerana perbuatannya sebentar tadi.
Pak!
Kepala Jasmine terlanggar meja kecil yang berada di hadapannya.
Bibir dikemam sedalamnya. Mata melirik ke arah Arzen yang masih tidur dalam keadaan posisi yang meniarap.
Syukur dirasakan Jasmine saat ini. Jasmine berdiri dari duduknya sebelum berlari anak ke luar bilik.
Lama-lama berada di dalam bilik, sesak yang dirasakan. Dah kenapa Arzen tidur sekatil bersamanya? Lelaki itu tak maklumkan apa-apa pun semalam.
Jasmine membulatkan matanya dengan besar ketika teringatkan sesuatu. Dia menilik badan sendiri.
Lengkap berpakaian kan?
Lengkap, eh tak, seluar mana?!
"Jasmine, remember Jasmine...please...remember..." Jasmine yang berdiri di hadapan pintu itu mengetuk kepalanya perlahan. Cuba untuk mengingati peristiwa yang berlaku malam tadi.
"Okay...I pergi tandas sebab tak selesa tidur pakai seluar, I tanggalkan seluar tidur Arzen. His shirt is big enough to cover everything..." Bicara Jasmine sendirian dengan perlahan.
"Kenapa dia tidur di sebelah I?" Sambung Jasmine sambil berfikir. Pakaiannya dilihat sekali lagi. Masih sama seperti keadaan malam tadi.
"Oh god, kenapa I cuai sangat. Kalau I tahu Arzen tidur situ, I tak tanggalkan seluar tu." Jasmine memarahi diri sendiri. Kaki dibawa untuk melangkah ke tingkat bawah.
Dia nak pakai seluarnya kembali, tapi untuk masuk ke dalan bilik itu memang tak lah. Nanti Arzen lihat situasinya, pasti akan menjadi parah.
'Kalau dia turun ke bawah dan tertengok pakaian kau macam mana pula?' Soalan itu bermain di otaknya.
Ah lantaklah! Yang pasti, dia tak akan kembali ke dalam bilik itu.
Turun sahaja ke anak tangga bawah, mata tertancap pada beg kertas di atas meja kecil berhadapan sofa.
Jasmine membongkar perlahan beg-beg kertas itu. Dilkeluarkan satu persatu barangan di dalam. Mata lekas membulat.
"Arzen...." Gumam Jasmine dalam kegeraman. Mulut Jasmine ternganga. Kenapa semua macam ni?
"Jasmine..." Rengek Arzen seperti anak kecil. Jasmine yang menggelabah laju sembunyikan baju di tangannya ke belakang badan.
Mata memandang ke arah Arzen yang berdiri di belakangnya. Bangun dah?
Arzen bergerak ke hadapan Jasmine, ingin memeluk Jasmine yang sedang duduk di atas sofa.
"Eh wait!" Halang Jasmine laju saat Arzen ingin mendepakan tangannya.
YOU ARE READING
30 Dates with you [ on going ]
RomanceON HOLD - promise it will complete by end of this year. Thank you for reading. 🤲🏻✨ Slow burn romance + Mystery Tulisan pertama yang... EXTREMELY CLICHE AND CRINGE Jasmine. Seorang gadis yang rapuh dan tidak percayakan kewujudan cinta kerana traum...