Arzen memakai kasut kerjanya. Jam tangan yang terletak elok di tangan kiri ditilik seketika. Tak lambat pun nak pergi kerja. Saja nak datang awal, boleh siapkan banyak kerja.
"Let's get to work." Stereng keretanya diusap perlahan sebelum Arzen memulas stereng itu. Kereta bergerak perlahan keluar dari kawasan perumahannya.
Arzen memandu masuk ke dalam sebuah bengkel membaiki kereta yang bersaiz sederhana besar. Setelah memastikan kereta terparkir elok, dia keluar dari kereta itu.
"Ada apa-apa yang boleh saya bantu, Encik?" Seorang pekerja lelaki menghampiri Arzen yang baru keluar dari keretanya.
Arzen mengangguk kepalanya perlahan. Sempat matanya mengerling ke arah seorang gadis yang sedang duduk di dalam sebuah bilik kaca yang terletak tidak jauh dari kawasan tempatnya berdiri. Nampak gayanya, mereka sedang menjalani perbincangan.
Tapi kenapa macam pernah nampak gadis yang sedang membelakang itu?
"Tolong check kereta saya. Lama tak pakai, saya nak pastikan dia dalam keadaan yang selamat untuk digunakan." Terang Arzen panjang lebar.
"Baik, Encik" Balas pekerja itu. Arzen menyerahkan kunci kereta miliknya kepada pekerja tersebut.
"Encik boleh duduk dekat sofa yang disediakan" Sambung lelaki itu.
Baru sahaja ingin bergerak. Arzen terberhenti dari melangkah kerana mendengar suara yang cukup dikenalinya.
"I tak akan masuk sekejap lagi. After lunch hour, maybe."
Arzen berpaling ke sisi.
"Jasmine?" Arzen menyeru nama gadis itu. Mata bertentang mata.
"Encik Arzen?"
"Arzen is enough. Awak buat apa dekat sini?" Arzen berjalan mendekati Jasmine yang berdiri tidak jauh beberapa langkah darinya.
"Sa...saya..." Jasmine berpaling melihat keadaan bengkel itu.
"Saya baiki kereta." Beritahu Jasmine tidak jujur.
"Ya, saya datang nak baiki kereta." Sambung Jasmine lagi.
"Awak pula, datang sini buat apa?" Soal Jasmine ingin tahu. Tapi rasanya dia sudah tahu jawapannya. Saja nak berbasa-basi.
"Sama." Arzen menjawab sepatah. Tangan menunjuk ke arah keretanya yang sedang diperiksa oleh seorang lelaki.
"Saya tahu kedai coffee berdekatan sini. Sementara nak tunggu kereta awak, kalau tak kisah?" Jasmine mempelawa lelaki yang sudah menolongnya itu. Ingin membalas budi Arzen dengan membelanjanya sarapan pagi.
"Boleh juga. Let me make a quick call. I will come back." Arzen meminta izin untuk menelefon Benjamin. Ingin memberitahu bahawa dia akan masuk sedikit lewat ke dalam pejabat pada hari ini.
Jasmine tersenyum nipis sebagai balasan untuk membenarkan lelaki itu membuat urusannya.
Beberapa saat menunggu, Arzen kini berdiri kembali di hadapan Jasmine.
"Jom" Ajak Arzen. Mereka berdua berjalan beriringan keluar dari bengkel itu.
"Awak okay ke?" Sambil berjalan, Arzen membuka topik untuk berbual. Tak nak suasana menjadi janggal tanpa sebarang perbualan. Sementara dah jumpa ni, bolehlah interview gadis ini sekali.
"Saya okay. Dua hari lepas sempat demam tapi dah baik." Jujur Jasmine. Pada hari Arzen menolongnya, dia demam sedikit akibat terkena hujan. Nasib baik demamnya tak teruk mana.
"Awak?" Jasmine mengembalikan paku buah keras.
"Alhamdulillah, saya baik." Balas Arzen penuh syukur.
YOU ARE READING
30 Dates with you [ on going ]
RomanceON HOLD - promise it will complete by end of this year. Thank you for reading. 🤲🏻✨ Slow burn romance + Mystery Tulisan pertama yang... EXTREMELY CLICHE AND CRINGE Jasmine. Seorang gadis yang rapuh dan tidak percayakan kewujudan cinta kerana traum...