Hari yang dinantikan telah tiba. Jass telah mengatur segalanya. Atuk dan nenek mereka bersetuju untuk menumpangkan Arzen, Jasmine dan Jass di rumah mereka.
Awal pagi lagi Jasmine dan Jass berada di rumah Arzen. Mereka menolak untuk dijemput oleh Arzen. Oleh kerana itu, mereka memandu sendiri ke kediaman Arzen.
"Hmm, Zen." Benjamin yang baru bangun itu turun ke bawah tanpa...
Arzen, Jasmine dan Jass yang sedang melepak di ruang tamu memandang ke arah Benjamin yang sedang mamai itu.
"ARGHHH! Eww gross!" Jass menutup matanya. Jasmine memaling ke arah lain.
Benjamin seperti tersedar akan sesuatu. Arzen melempar bantal sofa ke arah Benjamin. Mata dijegilkan memberi amaran kepada lelaki itu.
Benjamin naik ke tingkat atas menuju biliknya sambil mencarut.
"Shit...shit... mereka dah nampak anggota badan aku." Benjamin berlari naik ke atas.
Sampai sahaja di biliknya, pintu ditutup rapat. Pandangan dijatuhkan ke bawah. Dia hanya memakai boxer tanpa baju dan seluar.
Wajahnya memerah saat teringat reaksi Jasmine dan Jass tadi. Bibir digigit tanda geram. Pintu bilik ditumbuk beberapa kali.
"Mati kau, mati kau! kenapa lah kau bodoh sangat, Ben!" Kali ini pintu itu ditendang.
"Arghhh!" Leher pula dicekik tanda geram. Setelah itu tangan digigit dengan kuat.
"Aww sakit!" Benjamin memukul sebelah tangannya. Tangan yang digigit tadi dibawa naik ke hidung. Cuba menghidu bau itu.
"Uwerkk...bau sampah." Benjamin membuat muka loya. Dengan cepat dia masuk ke dalam kamar mandi.
Setelah memastikan dirinya bersih, kamas dan wangi, Benjamin turun ke tingkat bawah. Nak isi perut yang berbunyi seperti heavy metal.
Bunyi ketawa di ruang tamu membuat Benjamin menghentikan langkahnya. Dia terkedu. Mereka masih berada di dalam rumah? Apa yang dilakukan kembar itu di sini?
"Ben..." Panggil Jasmine di sisi Benjamin.
"ARGHHH BODOH!!!" Teriak Benjamin dengan kuat. Terkejut bukan kepalang. Hampir sahaja dia memukul Jasmine yang berdiri statik itu.
Jass dan Arzen berdiri di hadapan mereka berdua. Mereka turut terkejut dengan teriakan yang sungguh kuat itu.
"Kau kenapa?" Soal Arzen dengan garang.
Benjamin menunjuk ke arah Jasmine.
"Dia...dia..."
"Dia apa?" Arzen ingin memukul Benjamin tapi dihalang oleh Jass.
"Aku nak mati sebab terkejut, kau boleh pula nak pukul aku?!" Benjamin cekak pinggang.
"Baik kau diam sebelum penumbuk aku ni masuk dalam mulut kau." Kata Jass mendatar. Penumbuk ditayang ke hadapan wajah Benjamin.
Benjamin mengunci mulut. Garangnya.
"Jom gerak, lama betul tunggu katak ni bersiap." Arzen memandang Benjamin.
"Siapa katak? Aku ke?"
"Tak lah, Jasmine." Balas Arzen perlahan.
"Sekali lagi kau tanya soalan, aku luku kepala kau." Kata Arzen sebelum berjalan meninggalkan mereka. Jasmine dan Jass turut mengikut langkah Arzen.
"Kenapa semua bad mood ni? Gaji belum masuk ke?" Benjamin menggosok kepalanya.
"Zen? Kita nak pergi mana ni?" Arzen yang sedang memasukkan beg pakaian ke dalam but kereta dipandang dengan kerutan.
![](https://img.wattpad.com/cover/372000148-288-k935272.jpg)
YOU ARE READING
30 Dates with you [ on going ]
RomanceON HOLD - promise it will complete by end of this year. Thank you for reading. 🤲🏻✨ Slow burn romance + Mystery Tulisan pertama yang... EXTREMELY CLICHE AND CRINGE Jasmine. Seorang gadis yang rapuh dan tidak percayakan kewujudan cinta kerana traum...