Bab 10

223 12 0
                                    

Hampir seminggu sejak pertemuan terakhir di antara Arzen dan Jasmine. Arzen merenung Iphone miliknya di atas meja tanpa rasa minat.

"Hoi! teringat dekat buah hati ke tu? Jauh termenung." Sergah Benjamin dari belakang. Arzen tersentak sedikit. Mujur dia tidak cepat melatah. Benjamin yang mengambil tempat di hadapannya dijeling tajam.

"Rilek lah. Tak ada pun jantung kau terkeluar kan?" Seloroh Benjamin. Tangannya mencapai beberapa kuih yang terhidang di atas meja.

Bila dah ada makanan, Benjamin mulalah lupa pada keadaan sekeliling. Dia menjamah makanannya tanpa melihat ke kanan dan kiri. Seketika dia mengangkat wajahnya.

Senyap je dari tadi, mana si Arzen ni pergi?

"Kau okay tak?" Benjamin menyoal Arzen yang sedang duduk diam tanpa mengeluarkan sebarang suara. Ada yang mengganggu fikiran budak ni ke? Or teringat dekat kekasih dia si bunga melur tu.

Arzen pantas memandang Benjamin di hadapannya.

"Sementara kita ada masa ni kan, aku nak tanya kau something, boleh?" Soal Benjamin penuh muslihat.

"Apa?" Balas Arzen malas. Pasti lelaki ini akan bertanya tentang soalan yang satu itu. Dah masak dengan perangai Benjamin.

"Kau suka..."

Belum habis bicaranya disudahkan, tiba tiba Arzen memintas dengan cepat.

"Tak. Aku cuma suka berkawan dengan dia." Balas Arzen laju. Benjamin tersenyum senget. Macam tahu-tahu sahaja dia sedang membicarakan siapa.

"Apa?" Soal Arzen ketika melihat Benjamin tayang senyuman yang menyeramkan.

"Tak perlu senyum macam tu, kau hodoh, tahu tak?" Arzen membuat muka menyampah.

"It can be difficult to determine someone's true feelings, kerana setiap orang menyatakan cinta secara berbeza."

"But, there is a sign, tanda yang biasa ditunjukkan oleh seorang lelaki apabila jatuh cinta." Benjamin membuka topik. Arzen diam dan fokus mendengar.

Benjamin tersenyum suka. Tahu lelaki itu mula terpancing dengan topik mereka pada pagi ini.

"Nak tahu tak?" Benjamin memancing Arzen.

Arzen angguk kepalanya. Macam menarik pula topik mereka pagi ini.

"First one, increased attention. Seorang lelaki yang dah jatuh cinta akan automatically memberi lebih perhatian kepada orang yang dicintainya. Dia juga akan menunjukkan minat dalam kehidupan dan perasaan perempuan itu." Benjamin mula memberikan kebenaran.

"Kedua, prioritizing her happiness. Lelaki itu akan berusaha keras untuk membahagiakan perempuan tersebut, menunjukkan kesediaan untuk mengorbankan keperluan dan keinginannya sendiri." Sambung Benjamin sebelum dia ketawa kuat. Dua ciri-ciri tu dah ada dekat Arzen. Lelaki itu masih sahaja tak nak mengaku.

Arzen memandang malas lelaki yang sedang menghiburkan dirinya itu. Malaslah nak layan dia ni. Dua tips sahaja yang diberikan. Cuba lah bagi banyak sikit.

"Apa kaitan dengan aku?" Soal Arzen tidak faham.

"Belum habis lagi." Benjamin menjeling lelaki itu. Tak sabar betul si budak Arzen ni.

"The beauty of true love is that you never know that you love her. You just love her." Benjamin tersenyum kecil. Arzen mungkin boleh menafikan perasaannya tapi tidak dengan tindakannya itu.

30 Dates with you [ on going ]Where stories live. Discover now