Sretttt!
Kedengaran kuat suara kereta yang membrek. Arzen dan Benjamin yang berdiri di luar rumah menoleh ke arah kereta sport berwarna merah. Kereta yang brek secara mendadak itu.
Jasmine dan Jass keluar dari kereta. Jasmine membetulkan tudungnya yang hampir senget. Jass pula mengurut-urut dadanya yang hampir tercabut.
Arzen terpaku, terdiam dan terkejut melihat sosok itu. Mata tidak lepas memandang Jasmine.
Jasmine...Jasmine memakai tudung.
Untuk kali pertama, dia menyaksikan gadis itu tertutup litup seperti ini.
Seperti dapat rasakan seseorang sedang memerhatinya, Jasmine pantas memaling kepala. Dilihat Arzen yang memakai baju melayu serba putih bersama songkok.
Kacak...
Jantung Jasmine berdegup dengan kencang.
Jass turut memandang ke arah yang sama. Benjamin sedang ralit memandangnya. Dengan cepat Jass bergerak ke arah Jasmine yang berdiri statik itu.
"Jade, jom masuk." Ajak Jass, tangan memegang lengan gadis itu.
"Aku rasa nak muntah." Bisik Jasmine perlahan. Tangan memegang erat badan keretanya. Mata dipejam rapat.
Benjamin berjalan ke arah mereka berdua. Arzen pula masuk ke dalam rumah.
"Kenapa ni? Are you okay?" Soal Benjamin prihatin.
Jasmine mengerutkan wajahnya sambil memandang Benjamin.
"Saya rasa nak muntah." Jujur Jasmine.
"Eh! You sakit ke?" Benjamin mulai panik.
"Assalamualaikum..." Jasmine, Jass dan Benjamin berpaling ke arah suara yang memberi salam.
"Waalaikumsalam..." Balas Jass perlahan.
"Hidup lagi ke orang tua tak guna ni? Ingatkan dah mampus darah tinggi." Bisik Benjamin perlahan.
"Amin, tokma aku tu." Bisik Jass sama.
"Jom masuk, selesaikan apa yang patut." Ajak Jasmine. Kaki melangkah cepat ke dalam rumah.
"Pengantin perempuan dah sampai! Tapi tak tahu mana satu sebab ada dua!" Seloroh seorang pakcik membuatkan ruangan itu riuh dengan suara tawa.
Tok kadi turut ketawa sebelum terhenti serta merta setelah melihat wajah Arzen yang serius di hadapannya.
Jasmine, Jass, dan Benjamin masuk ke dalam ruang tamu yang luas itu. Tok ma, Tok pa, Mak Teh dan Ayah Nas pula mengiringi mereka dari belakang.
Semua mata terpaku pada Jasmine dan Jass yang sedang berjalan ke pelamin itu. Tinggi, putih, cantik, tersangat cantik. Itu yang dapat mereka simpulkan tentang dua beradik tersebut.
Arzen memandang Jasmine yang sedang duduk di atas pelamin itu. Senyuman lebar terbit pada bibirnya.
"Cantiknyaaa..." Tok kadi turut sama naik.
"Pakcik nak teruskan atau saya patahkan tangan pakcik ni? Sekali pakej dengan cucuk mata gatal Pakcik tu? Pilih sekarang." Soal Arzen bersama senyuman manis. Tok kadi dipandang dengan teruja.
Tok kadi serta merta mematikan senyuman dan menghala pandangan ke arah lain. Ketawa palsu dibuat-buat.
"Kalau dah tak ada apa-apa, boleh lah kita mulakan majlis kita ni, kan?" Kata Tok kadi.
"Nampaknya pengantin lelaki dah tak sabar." Sambung Tok kadi.
Arzen tersenyum dengan sangat manis. Pandai kau fitnah aku ya? Aku potong bayaran kau.
YOU ARE READING
30 Dates with you [ on going ]
RomanceON HOLD - promise it will complete by end of this year. Thank you for reading. 🤲🏻✨ Slow burn romance + Mystery Tulisan pertama yang... EXTREMELY CLICHE AND CRINGE Jasmine. Seorang gadis yang rapuh dan tidak percayakan kewujudan cinta kerana traum...