Bab 49

63 6 0
                                    

TW; Violence

Dirinya dibelenggu kebingungan. Lebih tepat lagi, Jasmine diserang penyakit malasnya. Matanya sembab kerana menangis semalaman. Wajahnya sudah tidak ubah seperti mayat yang hidup.

Jasmine menangis lagi buat sekian kalinya. Bilik itu sunyi. Bilik itu menakutkan baginya.

Bilik itu suram. Sama seperti dirinya. Jasmine duduk di atas lantai sambil tangan kanan memegang sisi katil dengan erat.

"Jasmine nak mama..." Esakan Jasmine kedengaran halus sahaja. Kepalanya digeleng-geleng perlahan bersama tangisan yang sunyi. Kepala disandar lemah pada sisi katil.

Klak.

Bunyi pintu dibuka tidak membuat Jasmine berpaling ke mana-mana. Pandangannya hanya terhala ke hadapan.

"Allah..." Ucap Syafiq perlahan. Pintu dibuka sederhana luas.

Syafiq mengangkat tubuh badan Jasmine perlahan-lahan naik ke atas katil.

"Jas..." Panggil Syafiq perlahan dan lembut. Jasmine mengalihkan badannya ke sisi. Tidak menghadap hadapan dan Syafiq yang berada di sisi.

Stokin Jasmine yang hampir terbuka, Syafiq betulkan sehingga menutup kaki Jasmine kembali.

Jasmine masih tidak ada pergerakan. Hanya air mata yang masih mengalir. Jatuh kasihan Syafiq melihat wajah yang pucat dan tidak terurus itu.

Syafiq membuka lipatan meja pada katil dan meletakkan makanan yang dibawanya tadi.

"Jas, jom makan dulu. Awak lapar, kan?" Pujuk Syafiq lemah lembut. Jasmine masih tidak berganjak. Dia baring secara mengiring menghadap ke kanan.

Syafiq perlahan-lahan terbalikkan tubuh Jasmine untuk menghadapnya. Jasmine tidak membantah. Hanya mengikut rentak Syafiq.

Tak ubah seperti patung mannequin. Wajah putih itu pucat tanpa darah.

"Jas, awak kena makan. Isi tenaga." Ucap Syafiq.

Diam.

Tidak ada jawapan dari Jasmine.

Beberapa minit menunggu dalam diam, Syafiq membantu angkat tubuh Jasmine untuk duduk di hadapan meja kecil itu.

Jasmine duduk dan memandang kosong makanan di hadapannya.

"Mama suap Jas, kan?" Jasmine senyum tipis dan gumam perlahan.

"How are you feeling today?" Soal Syafiq. Jasmine menggigit bibirnya kuat. Tangisan tidak ada tanda henti.

Sekali saja Ya Allah, tolong izinkan aku untuk mekar dan berkembang seperti yang lain. lalu menangis kerana terharu bahagia sambil berkata I deserve this, thank you.

Jasmine menggeleng kepalanya. Tangan mencengkam bucu meja dengan kuat.

"Tak kuat..." Ucap Jasmine perlahan.

"I want someone to look at me and say I did it. They know my struggle and my prayers that want to die. I want them to say she did it without hurting herself." Sambung Jasmine perlahan.

Syafiq menarik nafas berat. Dia turut merasa sedih. Isteri kepada kawan baiknya sedang diuji Allah.

"ARGHHHH!" Raung Jasmine kuat sambil memukul tilam berkali-kali. Kaki turut sama menendang tilam.

"ARGHHH! I hate this voice. They keep telling me that I should have died." Jasmine menangis teresak-esak.

Baru kali ini, kali ini Syafiq tidak tahu bagaimana untuk memujuk pesakitnya. Dia turut merasakan sakit itu.

30 Dates with you [ on going ]Where stories live. Discover now