Bab 23

122 7 0
                                    

Jam menunjukkan pukul 4 petang di Thailand. Arzen dan Benjamin mengambil masa ini untuk bersiar-siar di bandar Pattaya.

"Khobkun krab." (Terima kasih) ขอบคุณครับ. Arzen menghulur wang kepada pemandu teksi itu. Mereka berdua keluar dari teksi yang dinaiki mereka.

"Heh, penatnya jalan kaki. Nasib baik ada juga teksi yang sanggup nak hantar kita." Ucap Benjamin.

"Kenapa pula tak sanggup? When it comes to money, semua benda kita akan sanggup buat." Arzen berjalan meninggalkan Benjamin di belakang.

Benjamin tidak bereaksi apa. Dah biasa kena tinggal. Sepatah dua kata, lepas tu blah macam tu je.

Arzen berjalan masuk ke dalam pusat membeli belah.

Central Pattaya.

Kompleks membeli-belah tepi pantai semula jadi terbesar di Asia. Kawasan itu terdiri daripada pusat membeli-belah dan Hilton Pattaya Hotel dengan pemandangan panorama pantai Pattaya 360 Darjah. Projek ini telah membawa pusat gaya hidup moden dan meriah ke bandar pelancongan.

Dengan spontan Arzen memandang ke kiri saat melihat kelibat dua orang gadis yang baru keluar dari salah sebuah kedai. Mata dibulatkan sedikit akibat terkejut.

"Zen!" Benjamin di sisi Arzen berteriak dengan kuat. Arzen menutup mulut lelaki itu dengan pantas.

Mereka berjalan kembali ke belakang dengan keadaan Arzen menutup mulut Benjamin dengan rapat.

Jasmine berpaling ke belakang. Dia seperti terdengar suara seseorang. Jass turut memandang ke arah yang dipandang Jasmine.

"Kenapa?" Pandangan Jasmine pantas beralih ke arah Jass. Kepala digeleng perlahan.

Jass mendiamkan dirinya. Bila tengok dua orang lelaki pelik yang sedang berjalan keluar tadi, tiba-tiba teringat akan sosok Arzen dan Benjamin.

Jass menggoyangkan kepalanya. Kenapa pula dua orang lelaki itu boleh sampai sehingga ke sini. Mustahil.

Arzen menarik rambut Benjamin dengan kuat.

"Sakitlah gila!" Marah Benjamin.

"Kalau mereka tahu tentang kewujudan kita tadi, memang hari ni adalah hari terakhir kau bernafas di bumi." Arzen bersuara garang. Hampir sahaja mereka kantoi.

Arzen berputar ke belakang kembali. Mereka perlahan-lahan mengikut jejak Jasmine dan Jass yang semakin hilang dari pandangan.

Dua orang kembar itu berjalan memasuki butik adidas. Mereka ingin membeli baju baru untuk dipakai sepanjang berada di bumi Thailand.

Jasmine dan Jass berpecah. Jasmine menuju ke bahagian pakaian manakala Jass ke bahagian kasut.

Jass yang sibuk menilik kasut itu tidak perasan dengan kehadiran seorang lelaki yang sedang berdiri hampir dekat di sisi Jasmine.

Jasmine perasan lelaki itu ingin memulakan komunikasi bersamanya. Tapi dia tetap abaikan. Buat tak tahu sehingga lelaki itu pergi dengan sendiri.

Di tangan Jasmine ada beberapa baju, jaket, singlet dan seluar. Dia hanya mengambil tanpa melihat corak dan fesyen. Bila dah tahu saiz, senang untuk membeli belah. Tinggal ambil dan bayar terus.

"Young girls shouldn't be showing skin around grown men." Tegur lelaki itu perlahan. Dia berdiri di sisi Jasmine sambil memegang beberapa kain yang tersangkut.

Tidak terlalu dekat, tetapi Jasmine tahu teguran itu untuknya memandangkan tiada siapa di kawasan pakaian itu kecuali mereka berdua.

"Grown men shouldn't be looking at little girls. That's weird." Balas Jasmine dengan berani.

30 Dates with you [ on going ]Where stories live. Discover now