"Sayang?" Arzen yang sedang duduk di sofa memanggil isterinya yang khusyuk memakan salad.
"Kambing!" Oktaf suara Arzen naik sedikit sehingga menyentakkan Jasmine dengan sedikit.
Mujur dia tidak terkejut sehingga mengeluarkan kata kesat.
"Siapa kambing?"
"Sayang lah kambing tu. Suka sangat makan rumput." Balas Arzen.
"Eh, sedap mulut awak je cakap ni rumput dan panggil saya kambing. Awak ada kata-kata terakhir sebelum saya tamatkan riwayat awak?" Jasmine menghalakan garfu ke arah wajah Arzen.
Arzen menjeling perlahan. "Dah saya panggil banyak kali tapi tak menyahut. Macam kambing lah tu. Kambing bila makan khusyuk, tau? Tak pandang kiri dan kanan." Balas Arzen tidak takut.
Jasmine meletakkan mangkuk berisi salad ke meja hadapannya.
"Apa kau cakap?" Jasmine bersuara garang.
"Woow, relax mama...relax. Benda boleh bawa bincang." Arzen senyum-senyum.
"Relax atuk awak lah. Tak puas ke cari gaduh dengan saya? Nak kena smackdown?" Jasmine mengangkat keningnya.
"Atuk saya memang dah lama relax, sayang. Bawah tanah tu dia relax relax." Balas Arzen tenang. Jasmine mendiamkan diri.
"Bosan lah duduk rumah!" Teriak Arzen sedikit kuat.
"Kenapa awak tak pergi kerja?" Soal Jasmine hairan. Dah 2 hari lelaki itu ponteng ke pejabat.
"Sayang. Saya dah resign."
"Resign? Awak biar betul, Arzen?" Jasmine membulatkan matanya.
"Ya. Saya resign sebab nak jaga awak. Nak sentiasa dekat dengan awak, jaga makan minum awak, perhatikan lelaki yang dekat dengan awak. What else?" Arzen duduk bersila menghadap Jasmine.
"Kenapa awak buat keputusan macam ni? Kalau awak tak kerja, kita nak makan apa, Arzen? Macam mana nak survive?" Soal Jasmine panjang lebar.
"Tak susah pun sayang. Kalau dah tak tertolong, kita masuk bersamamu je. Kan sweet tu? Susah senang bersama." Arzen sengih.
Jasmine menjeling tajam.
"Nak masuk, masuk seorang. Lebih baik saya merempat tepi jalan."
"Haa, idea yang baik juga tu. Kita merempat lah tepi jalan sama-sama. Nanti kita cari kotak, ya?" Arzen senyum-senyum.
"Kau ni dah kenapa? Nak sangat ke jadi gelandangan?!" Marah Jasmine.
Arzen memegang dadanya membuat lagak terkejut.
"Ni lah akibatnya bila terlalu cintakan dunia, sayang. Jangan terlalu asyik dengan dunia ni, semuanya bersifat sementara." Arzen memberi peringatan.
"Malas lah aku nak layan." Jasmine kembali menyuapkan salad miliknya.
"Alah sayang. Gurau je lah. Awak sensitif sangat ni kenapa? Mengandung ke?" Jasmine kerut wajahnya.
"Ke awak yang mengandung?" Jasmine berpaling ke sisi.
"Sebab tu awak merepek." Sambungnya lagi.
"Ada possiblity tak untuk lelaki mengandung?" Sambung Arzen tiba-tiba.
"Boleh ke?" Balas Jasmine pula. Wajahnya kelihatan serius sahaja.
"Sayang ada simpan pregnancy test tak?" Arzen menikam wajah isterinya.
"Awak nak buat test tu sekarang ke?" Jasmine turut sama memandang ke arah suaminya.
"Tapi kalau lelaki pregnant, dekat mana baby tu keluar?" Soal Arzen.
YOU ARE READING
30 Dates with you [ on going ]
RomanceON HOLD - promise it will complete by end of this year. Thank you for reading. 🤲🏻✨ Slow burn romance + Mystery Tulisan pertama yang... EXTREMELY CLICHE AND CRINGE Jasmine. Seorang gadis yang rapuh dan tidak percayakan kewujudan cinta kerana traum...