Bab 43

94 7 0
                                    

Jasmine berjalan menghampiri jalan raya di pagi hari, sesekali kedengaran gelak tawa kecil keluar dari bibirnya, gadis itu kelihatan bersemangat untuk menikmati hari yang akan datang.

Manakala suaminya di sisi pula, berjalan bersama senyuman kecil yang tidak lekang di bibir. Kenangan membanjiri kembali dengan setiap langkah yang dipijak, udara tebal dengan bau bunga mekar dari tahun-tahun yang lalu menjengah ingatannya kembali.

Arzen teringat kembali sewaktu dia datang ke China bersama Mummy dan Daddy. Hanya mereka bertiga yang menjejaki bumi China ketika itu. Amelia yang masih bayi ditinggalkan bersama nenek dan atuk, iaitu ayah dan ibu kepada Tuan Adrian.

"You kena jadi goodboy, tau. Mummy dah bawa you datang ke Disneyland China ni!"

"Promise Mummy, along will be a good boy to Mummy and Daddy!" Petah Arzen berbicara.

"Kalau along jadi abang yang baik. Daddy akan bawa ke seluruh Disneyland yang ada di semua negara."

"Betul ni, daddy?" Mata Arzen bersinar-sinar teruja.

"Betul. Now have fun son." Balas Tuan Adrian.

"Awak..." Jasmine mengoncangkan lengan Arzen yang sedang mengelamun.

"Y...ya sayang?" Sahut Arzen lembut.

"Kenapa awak senyum je dari tadi?" Soal Jasmine perlahan.

"Saya teringat waktu Daddy dan Mummy bawa datang ke China. I was 9 that time." Arzen tersenyum kembali saat teringat momen indah mereka.

"Awak dah pernah pergi sini ke?" Arzen angguk mengiyakan.

"Awak..." Panggil Jasmine dengan nada yang manja dan meleret.

"Sayang... jangan buat saya macam ni." Balas Arzen laju.

"What...?" Jasmine masih mengekalkan nada yang sama.

"Saya ni lelaki tau. Tak kuat bila awak buat suara macam tu. Rasa nak berak." Balas Arzen.

Jasmine kerut dahi. Pulak nak berak?

"Awak, tak apa ke kita tinggalkan diorang?"

"Eh apa pula tak okay. Okay sangat, sayang. Saya kalau boleh setiap hari, setiap jam, setiap masa, minit dan saat nak berkepit dengan awak. Kalau diorang ada, terganggu semuanya. Kalau dengan awak boleh sentuh macam ni..." Arzen menyulam tangan mereka berdua.

"And boleh buat macam ni..." Sambung Arzen sebelum,

Cup!

Pipi kiri Jasmine yang sedikit membulat dikucup sekilas. Membulat mata Jasmine saat itu kerana teruja.

Eh silap, kerana terkejut.

"Awak!!!" Jasmine menutup wajahnya menggunakan kedua tangan. Malu lah depan umum buat macam tu!

"Overnya sayang ni. Bukannya abang kiss dekat mulut pun." Balas Arzen menahan tawanya.

"Awak! Jangan lah gelar diri awak macam tu. Saya geli." Jasmine membuat aksi geli gelaman bersama wajah yang memerah.

"Hahahahahahaha, sayang!" Terbahak-bahak Arzen tergelak melihat aksi itu.

"Huahuahua." Arzen mengelap air matanya yang mengalir akibat gelak tak ingat dunia.

"Awak ni..." Jasmine menghentak kakinya tanda protes.

"Sorry sayang, baby, love, my bestfriend." Pipi Jasmine diusap berkali-kali dengan lembut.

"Sayang. I am sorry. Saya gurau je lah. Kenapa baby saya sensitif sangat ni?" Arzen mencium dahi Jasmine dengan lama.

Tak jadi nak marah!

30 Dates with you [ on going ]Where stories live. Discover now