Seminggu telah berlalu. Jasmine masih lagi dirawat dalam hospital. Dijaga rapi oleh Doktor Syafiq.
Setiap hari, Arzen akan bertanyakan tentang Jasmine.
Semenjak dua hari yang lepas, Arzen mula masuk ke dalam pejabat. Kerja semakin bertimbun. Timbul pula rasa bersalah melihat Benjamin yang melakukan semua tugasannya.
"Ben, fail untuk kes 3 minggu lepas ada dekat kau ke? Aku nak buat final report ni." Arzen menelefon Benjamin yang masih belum masuk ke dalam pejabat.
"Dalam almari aku. Masuk je lah. Cari sendiri. Btw, I have a suprise for you." Balas Benjamin yang sedang memandu.
"Okay. Suprise apa pula ni?" Soal Arzen.
"Just wait and see." Balas Benjamin sebelum mematikan panggilan. Arzen kemudian berjalan keluar dari biliknya untuk menuju ke bilik Benjamin.
Ada beberapa fail yang ingin dicari.
Pintu bilik Benjamin dipulas sebelum Arzen masuk ke dalamnya. Matanya melilau melihat keadaan bilik itu.
Almari besar di belakang meja lelaki itu dibuka sebelum tangannya mula mencari semua fail yang diperlukan.
"563. Case number 564,..." Tangan Arzen menyelak semua fail berwarna biru.
"Latest case, 572,..." Arzen menunduk untuk mengambil fail di bahagian bawah.
Tiba-tiba beberapa keping gambar jatuh dari fail itu.
"Kenapa tak klip baik-baik gambar ni?" Arzen melutut untuk meletakkan gambar itu kembali.
Jantungnya berdegup kencang saat melihat gerangan yang berada di dalam gambar itu.
"Astaghfirullah al adzim." Gambar isterinya yang tidak menutup aurat di sebuah pantai.
"Ya Allah..." Arzen memegang gambar itu dengan tangan yang menggeletar.
Beberapa keping gambar lagi dikutip. Arzen terkejut melihat kesemua gambar-gambar isterinya.
Dadanya dipalu kencang. Nafasnya seakan tidak sampai ke hidung.
Mata dinaikkan mencari fail yang menyimpan semua gambar itu. Fail dibuang ke lantai membuatkan bilik itu bersepah.
"Mana fail tu?!" Arzen menendang almari itu dengan kuat sehingga semua fail jatuh ke lantai.
Semua gambar isterinya juga bertebaran jatuh ke lantai. Arzen mengetap giginya menahan amarah.
Beberapa gambar isterinya yang tidak menutup aurat dikoyak dengan kasar.
"You're bullshit, Benjamin Asher. Totally bullshit." Ucap Arzen dalam kegeraman.
Fail-fail yang tertera maklumat isterinya turut dikoyakkan.
Klak.
Bunyi pintu dibuka dari arah luar.
Arzen menolak lidahnya ke pipi sambil tersenyum lebar.
"Aku yakin Arzen akan terkejut tengok kau hari ni." Ucap Benjamin riang.
Aiman menutup pintu dengan rapat saat matanya tertancap kertas kerja yang bertaburan di atas lantai.
"Ben," Panggil Aiman dengan pelik.
Benjamin menghadap ke hadapan sebelum mengerutkan dahinya.
Arzen yang melutut di sebalik meja besar itu berdiri dengan perlahan.
"Zen?" Panggil Benjamin hairan. Kenapa semua fail bertebaran di atas lantai?
"Suprised?!" Ucap Arzen teruja. Senyuman tidak lekang dari bibirnya. Kedua tangan dicekak ke pinggang.
YOU ARE READING
30 Dates with you [ on going ]
RomanceON HOLD - promise it will complete by end of this year. Thank you for reading. 🤲🏻✨ Slow burn romance + Mystery Tulisan pertama yang... EXTREMELY CLICHE AND CRINGE Jasmine. Seorang gadis yang rapuh dan tidak percayakan kewujudan cinta kerana traum...