Bab 9

190 12 0
                                    

Jam tangan berjenama Cartier dipakai di pergelangan tangan kanannya. Setelah menilik diri dari dalam cermin walk in wardrobe itu, Jasmine dengan cepat keluar dari bilik persalinannya. Dia sudah lambat ke pejabat.

Sempat dia berposing di hadapan cermin besar di dalam biliknya sebelum turun ke tingkat bawah. Pakaian dan penampilannya perfect pada pagi ini.

"Jas, minum dulu teh ini!" Mak Teh menegur Jasmine yang sedang terburu-buru ingin keluar. Jasmine berpatah balik dari melangkah.

Sekeping roti yang terhidang di atas meja dicapai Jasmine.

"Budak ni, cuba duduk dulu." Tegur Mak Teh perlahan.

Mak Teh merupakan pembantu peribadi keluarganya sejak 27 tahun yang lepas. Jasmine belum lahir ke dunia pada masa itu. Lama Mak Teh berkhidmat untuk keluarga Jasmine walaupun setelah ketiadaan kedua majikannya.

Semua hal yang terjadi di dalam keluarga itu telah diketahui Mak Teh.

Melihat Jasmine sebatang kara, membuat hati Mak Teh yang tua tidak sampai hati untuk meninggalkan gadis itu berseorangan.

"I am late and I am so sorry. Jas dah bagitahu kan pagi ni tak perlu buat sarapan. You should just go home." Kata Jasmine.

Mak Teh tinggal tidak jauh dari rumah Jasmine. Rumah yang dimiliki Mak Teh sekarang adalah pemberian dari Jasmine.

Kata Jasmine, Mak Teh boleh datang ke rumahnya sesuka hati kerana dia masih memerlukan khidmat wanita tua itu.

Tapi untuk tinggal di rumah itu, Jasmine tidak selesa. Semenjak meningkat dewasa, Jasmine suka duduk bersendirian tanpa gangguan sesiapa.

"Mak Teh rindukan kamu, Jas. Sebab tu Mak Teh datang ke sini. Singgah sekejap buatkan kamu sarapan. Mak Teh tahu Jas dah mula bekerja lagi pada hari ni." Ujar Mak Teh atau nama panjangnya Suriati. Dia menjelaskan situasi bagaimana dia boleh berada di situ pada pagi ini.

"I am sorry. Jas dah lambat ni. Breakfast dekat office je." Jasmine serba salah. Tapi untuk duduk dan bersarapan bersama Mak Teh adalah mustahil. Pasti wanita itu akan mencungkil segala kegiatannya pada hari dia bercuti.

"Macam ni lah, tengah hari nanti Mak Teh masak sedap-sedap. I'll come home for lunch. Jas janji." Jasmine memberi cadangan. Tidak ingin wanita tua itu berkecil hati dengannya.

"Betul ni?" Soal Mak Teh ragu-ragu. Bukan dia tidak tahu bila gadis itu sudah menghadap kerja, langsung tak ada rehatnya.

"Betul, kalau tak sempat datang pun, Mak Teh suruh je husband Mak Teh hantarkan makanan ke office Jas nanti." Balas Jasmine lagi.

"Okaylah kalau macam tu. Mak Teh guna ya semua peralatan dan bahan masakan yang ada dalam rumah ni." Mak Teh meminta izin Jasmine.

"It's your home too. Kenapa nak kena minta izin bagai?" Balas Jasmine menyampah.

Mak Teh ni, sungguh berbudi bahasa. Walaupun sudah bertahun lamanya berkhidmat buat keluarga Jasmine, budi bahasanya yang satu itu tidak lekang keluar di bibir.

"Nak habiskan ke, nak jual ke, nak ambil untuk stok dekat rumah Mak Teh pun boleh. Jas tak ada masalah. Cuma jangan jual rumah ni je lah, nanti Jas tinggal dekat mana pulak kan?" Gurau Jasmine bersahaja membuatkan Mak Teh ketawa suka. Ada sahaja celoteh gadis itu yang membuatkan dia terhibur.

"Eh, dah lah. Jas dah lambat nak pergi kerja ni. Melayan Mak Teh semua benda tak jalan nanti." Ucap Jasmine setelah habis mengunyah sekeping roti itu.

"Ya lah, dah pergi kerja sana." Halau Mak Teh.

Jasmine mengambil beg tangannya yang diletakkan di atas meja tadi.

"Eh, awak tak nak salam Mak Teh ke? Dah tak sayang Mak Teh?" Ujar Mak Teh kepada gadis itu. Jasmine memusingkan badannya sebelum dia tersenyum kecil.

30 Dates with you [ on going ]Where stories live. Discover now