Jasmine berlegar-legar di dalam biliknya. Fikirannya menerawang tentang kejadian yang berlaku di pejabatnya pagi tadi.
"Kalau you rasa you dengan Arzen berbeza, jauhi dia, Jasmine. I warned you. Jangan sakiti Arzen."
Jantungnya berdegup dengan laju. Kata-kata itu kembali membuat dia overthinking.
"Arghh!!" Jasmine perlahan-lahan jatuh melorot ke bawah. Tangannya berpaut pada tingkap bilik sebelum perlahan-lahan dia memegang lututnya. Telinga ditutup sebelum kepala digeleng-geleng beberapa kali.
"Tak, mama. Dia tak boleh tahu tentang Jasmine. Mama. Tak boleh, mama..."
"Mama tolong Jas!!" Jasmine teriak dengan kuat.
Tangisannya pecah saat itu. Takut tentang kebenaran tersebut. Tersedu sedan Jasmine menangis.
"Tak boleh, mama tak boleh tangkap Jasmine. Jasmine tak salah. It's their fault!" Jasmine marah.
Dia bergerak ke meja kecil di sebelah katilnya. Laci dibuka sebelum Lorazepam diambil.
Tangannya terketar-ketar memegang ubat itu. Selalunya dia mengambil dalam 3mg. Tetapi hari ini dia mengambil dengan dos tiga kali ganda.
Jasmine menangis ketika melihat ubat-ubatan yang ada di tangannya itu.
"Kenapa?" Jass yang berdiri di hadapan pintu bersuara sehingga menyentakkan Jasmine. Jasmine mendiamkan dirinya.
Dia menyaksikan segalanya. Sejak gadis itu berteriak seperti orang gila sehingga menangis melihat ubat-ubatan itu.
"Jas, sampai bila kau nak jadi macam ni?" Jass merintih perlahan. Pilu hatinya melihat keadaan adik kembarnya itu. Perlahan-lahan dia berjalan ke arah Jasmine.
Jasmine terduduk perlahan di atas katilnya. Ubat-ubatan di tangannya dibiarkan jatuh ke lantai.
"Sampai bila?" Soal Jass kembali saat gadis itu hanya mendiamkan diri.
"Sampai mama kembali ke pangkuan aku. Aku akan berhenti, kalau mama ada di depan aku. Aku boleh kehilangan semuanya, aku boleh hilang diriku sendiri, tapi tidak dengan Mama. Hilangnya mama membuatkan seluruh aku turut hilang." Balas Jasmine. Air mata kembali turun.
"Jade, sampai bila kau nak jadi macam ni? Kau kena terima hakikat yang Mama dah tak ada. Mama is in the better place now. Kau seharusnya bahagia untuk Mama. Mama tak menderita lagi." Jass memegang bahu adiknya. Kali ini dia menasihati sebagai seorang kakak.
"Jangan hancurkan diri kau macam ni. Aku tak suka diri kau versi ini." Sambung Jass lagi.
"Hidup aku dah hancur, Jass. Kau nak tahu kenapa hidup aku hancur?"
"Sebab hilangnya doa yang tulus mendoakan aku. Hilangnya seorang manusia yang menyayangi aku lebih dari dirinya. Aku hilang waktu kanak-kanak aku. Hidup aku tidak seindah mereka yang lain." Jasmine tidak memandang ke arah Jass. Wajahnya hanya terarah ke hadapan.
"Kau. Kau masih ada Tokma dan Tokpa yang sayang dekat kau. Aku? Aku dibenci hanya kerana lelaki itu. Hanya kerana salah faham yang boleh diperbaiki." Rintih Jasmine bersama kesakitan.
Kau tidak akan faham rasa sakit ini, Jass. Kau tidak akan faham selagi kau tidak berjalan pada alur cerita ini. Mungkin aku terlihat seperti seorang manusia biasa, tapi aku rapuh. Kerapuhan ini berpunca dari mereka.
"Semua boleh diperbaiki, Jasmine. Tidak ada satu pun yang berlaku kerana hukuman Tuhan. Ia semua bersebab. Teruslah menjadi kuat, teruslah hidup."
"Mungkin hari ini kau terseksa kerana Ujian yang diberikan, tapi tidak semua hari yang kau lalui ialah buruk." Jass turut mengalirkan air mata.
YOU ARE READING
30 Dates with you [ on going ]
RomanceON HOLD - promise it will complete by end of this year. Thank you for reading. 🤲🏻✨ Slow burn romance + Mystery Tulisan pertama yang... EXTREMELY CLICHE AND CRINGE Jasmine. Seorang gadis yang rapuh dan tidak percayakan kewujudan cinta kerana traum...